Murugiah Jangka 100,000 Anggota Baru PPP Menjelang Akhir Tahun
"Presiden baru" Parti Progresif Penduduk (PPP) Senator Datuk T. Murugiah hari ini berkata beliau menjangka akan dapat menarik 100,000 anggota baru parti menjelang akhir tahun.
"Esok, saya akan melawat Perak untuk memberi penjelasan kepada anggota parti mengenai situasi semasa dan saya akan melawat anggota parti di seluruh negara bagi kempen keanggotaan dan juga memberikan penjelasan kepada semua,"
-
Kayveas Menang Tanpa Bertanding Presiden PPP
Datuk M.Kayveas hari ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk penggal lima tahun bagi kali keempat.
Parti berkenaan sebelum itu memecat Murugiah dan beliau diberi masa sehingga tengah malam ini untuk mengemukakan rayuan supaya diterima semula ke dalam parti.
"Saya beri jaminan kepada beliau bahawa parti akan menimbangkan rayuannya dengan adil. Bagaimanapun, sekiranya beliau gagal merayu menjelang tempoh akhir itu, beliau dianggap sebagai telah pun dipecat,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan