Rabu, Mei 06, 2009

GUOCERA HENTIKAN OPERASI, 91 HILANG PEKERJAAN

image LABUAN, 5 Mei (Bernama) -- Guocera Tile Industries (Labuan) Sdn Bhd, pengeluar jubin seramik terbesar di Sabah dan Sarawak, telah menghentikan operasinya hari ini, sekali gus menyaksikan 91 pekerjanya kehilangan pekerjaan.

Syarikat yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun, menyalahkan kenaikan harga gas asli yang membawa kepada keputusan syarikat berkenaan.

Pengarah urusan, Richard Ng, berkata keputusan itu telah dibuat untuk membubarkan syarikat ekoran kerugian RM1 juta sejak Januari tahun ini.

"Saya kerugian RM250,000 hingga RM300,000 setiap bulan sejak Januari ekoran kenaikan harga gas asli," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, pembantu kedai, Ismail Samad berkata beliau dan seorang pekerja lagi yang telah bekerja untuk syarikat itu lebih daripada 10 tahun, akan menerima gaji dua bulan dan faedah pembuangan pekerjaan seperti yang terkandung di bawah Akta Pekerjaan 1955.

"Saya berharap kerajaan boleh berbuat sesuatu untuk membantu kami mendapatkan pekerjaan dalam sektor lain," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan