"Kerjasama tidak semestinya bererti kita buat kerajaan campuran, tidak semestinya bentuk itu, ia boleh dalam pelbagai bentuk, yang penting sekali saling hormat menghormati antara satu sama lain,"
"Maknanya kerjasama dalam konteks urusan pentadbiran negara, kalau kita menghormati undang-undang, semua pihak juga perlu mematuhi undang-undang, sebenarnya kalau kita semua ikut peraturan, tak ada kemelut, kalau menghormati peraturan dan undang-undang negara, tak akan jadi kemelut, bila masing-masing menegakkan benang basah, jadilah masalah,"
"Kita tidak mahu keadaan ini (di Perak) berterusan, kita hendak berkhidmat kepada rakyat, untuk semua kaum di Perak dan seluruh negara,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan