Isnin, April 20, 2009

RM70 JUTA BAGI TANGANI ISU QEH - MUSA

km_sabah KOTA KINABALU, 20 April (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM70 juta bagi kos pemindahan dan penyumberan luar perkhidmatan Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk tempoh setahun.

"Setakat ini, sebanyak RM6.56 juta telah dibelanja untuk menampung kos pemindahan itu. Seramai 100 orang jururawat juga telah dihantar ke QEH dan kumpulan ini telah melapor diri pada 1 April lepas.

"Seramai 98 orang jururawat lagi akan dihantar dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan juga akan menghantar tiga pegawai perubatan bagi membantu melicinkan perkhidmatan perubatan di hospital itu," kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Isnin.

ramleemarahaban Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ramlee Marhaban (BN-Bugaya) mengenai tindakan jangka pendek dan panjang berikutan penutupan bangunan di QEH bagi memulihkan perkhidmatan perubatan seperti sedia kala di hospital berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan