Selasa, April 14, 2009

PPDK RANAU PERLU BANTUAN KEWANGAN - SIRINGAN

SIRINGAN GUBAT P179-RANAU RANAU 13 April - Orang ramai dan syarikat swasta diminta memberi bantuan kewangan bagi membolehkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau meneruskan aktiviti membantu kanak-kanak istimewa daripada keluarga miskin di daerah ini.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Siringan Gubat berkata, pusat yang dibuka sejak sembilan tahun lalu itu kini dihimpit masalah kewangan untuk meneruskan operasi.

''Oleh itu saya amat berharap orang ramai dan syarikat-syarikat swasta dapat membantu PPDK Ranau dengan menghulurkan bantuan kewangan, kerana membantu PPDK bermakna kita turut membantu kanak-kanak istimewa di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis penyerahan tangki air dan bantuan kewangan berjumlah RM5,000 untuk pembelian peralatan pemulihan kepada PPDK itu di sini hari ini.

Siringan berkata, bantuan kewangan dan peralatan yang disumbangkan itu diharap mampu meringankan beban yang dihadapi oleh PPDK.

senarai pdk msia

 

 

Terdapat 380 buah PDK di seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada 12,712 orang kurang upaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan