Selasa, April 14, 2009

BERITA DARI NEGARA JIRAN DI UTARA SABAH

Seorang tebusan dibunuh

ZAMBOANGA 13 April - Satu daripada dua tebusan yang ditawan pelampau Islam di selatan negara ini telah dibunuh ketika mereka meninggalkan tentera kerajaan, lapor polis hari ini.

image Ketua Polis Wilayah, Senior Supritendan Salik Macapantar berkata, Cosme Aballes, 40, salah seorang daripada lapan orang yang ditawan kumpulan lelaki Islam bersenjata di Pulau Basilan pada minggu lalu, ditemui mati di bandar Lamitan.

Sebelum itu, enam kanak-kanak yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah dibebaskan atau berjaya melepaskan diri, tetapi seorang lelaki, Ernan Chavez, 23, masih berada dalam tahanan kumpulan itu.

Kumpulan pelampau itu telah menyerbu kampung-kampung di pinggir Isabela City pada Jumaat lalu, membunuh seorang penduduk dan menahan penduduk sebagai tebusan.

Kumpulan bersenjata itu kemudian menyerang perkampungan lain, namun penduduknya telah melarikan diri. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan