Selasa, April 14, 2009

ADUAN KEPADA KEMENTERIAN KERJARAYA

Siasat aduan keadaan jalan

image KEMENTERIAN Kerjaraya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada rakyat negara ini terutama pembaca setia akhbar Berita Harian yang memberikan pandangan dan komen berkaitan jalan Persekutuan seliaan kementerian.

jkr email

Sememangnya, kementerian ini mengalu-alukan pandangan dan komen dalam usaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian dari semasa ke semasa khususnya dari segi perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan Jalan Persekutuan.

Sebarang aduan mahupun pandangan mengenai kementerian atau jalan Persekutuan, bolehlah menghubungi kementerian menerusi laman web e-aduan KKR di www.kkr.gov.my atau talian bebas tol 1 800 88 5004.

MOHD RIZAL HASHIM,

Pegawai Perhubungan Awam,

Kementerian Kerjaraya.

mailto:pro@kkr.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan