Selasa, April 07, 2009

PENDUDUK SABAH BIMBANG INSIDEN PEMBAKARAN BENDERA SABAH

Usul Tergempar Berikutan Pembakaran Bendera Sabah

sabah

KOTA KINABALU, 6 April (Bernama) -- Dua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua anggota Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) akan mengemuakakan usul tergempar untuk meminta kerajaan persekutuan memastikan Filipina menggugurkan tuntutannya terhadap Sabah.

Anggota DUN Luyang dan Likas -- Melanie Chia dan Datuk Liew Teck Chan serta anggota Parlimen Sepanggar dan Tawau, Datuk Eric Majimbun dan Datuk Chua Soon Bui akan mengemukakan usul berkenaan pada persidangan akan datang.

Persidangan Dewan Undangan Negeri akan bermula pada 16 April.
"Usul itu untuk menentukan status Sabah," kata mereka dalam kenyataan bersama di sini isnin.

Mereka berkata usul itu penting berikutan seorang lelaki yang mendakwa keturunan Sultan Sulu yang mengetuai 11 yang lain ditangkap di Lahad Datu beberapa hari lepas kerana membakar bendera Sabah dalam satu perhimpunan haram.

"Kita tidak tahu motif mereka, tetapi status pemimpin yang mendakwa keturunan Sultan Sulu menimbulkan kebimbangan," kata mereka.

Mereka berkata kebanjiran pendatang haram di seluruh Sabah yang telah ditangkap dan tidak dapat pulang ke negara asal mereka disebabkan masalah teknikal yang mereka mungkin menimbulkan kekacauan di sini.

Menurutnya, beribu-ribu pendatang haram terutamanya warga Filipina telah ditempatkan di beberapa pusat tahanan sementara dan tidak dapat dihantar pulang kerana sedikit masalah teknikal dan sesetengahnya menyebabkan rusuhan.

Mereka difahamkan bahawa bekas presiden Filipina Ferdinand Marcos menyatakan negaranya telah menggugurkan tuntutan ke atas Sabah.

sabah mapPenduduk Sabah bimbang apabila agensi berita asing melaporkan tahun lepas bahawa presiden Gloria Arroyo Macapagal tidak pernah menyatakan sebarang pendirian sama ada untuk mengiktirraf kenyatan Marcos atau sebaliknya.

Pemimpin SAPP itu berkata bahawa status Sabah sangat penting kerana ia menyebabkan semua rakyat Malaysia yang tinggal di negeri ini merasa lega jika tuntutan itu telah digugurkan.

Pada Sabtu, Polis Lahad Datu telah menangkap 12 orang termasuk seorang lelaki yang mendakwa keturunan Sultan Sulu kerana membakar beberapa helai bendera Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan