Ahad, April 19, 2009

MASYARAKAT KADAZANDUSUN DISARAN LEBIH SERIUS TINGKAT ILMU PENGETAHUAN

19th April, 2009

huguan pairin1RANAU: Masyarakat Kadazan-Dusun disaran agar lebih serius mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan untuk memastikan bangsa itu terus maju ke hadapan dan mampu bersaing dengan bangsa lain yang telah menempah kejayaan.

Presiden Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Sabah (KDCA), Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, penguasaan dalam bidang akademik adalah satu-satunya jalan untuk memastikan bangsa itu terus kompetatif dalam persaingan dunia global.

“Sudah tiba masanya, kita memikirkan dengan serius tentang masa depan, kemajuan dan pembangunan bangsa kita kerana hanya dengan ilmu pendidikan sahaja kita akan maju”.

“Seluruh dunia dilanda kemelesetan ekonomi, begitu juga negara kita. Justeru, kita perlu meningkatkan tahap kebolehsaingan agar kita dapat menangani krisis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Huguan Siou peringkat Daerah Ranau anjuran Badan Perhubungan KDCA Ranau, di Dewan Masyarakat Ranau, dekat sini pada Jumaat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kundasang, Dr. Joachim Gunsalam; Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Perindustrian, Sahadi Japirin; Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Welfredoline Jakil; Pegawai Daerah Ranau, Siriman MF Basir; Timbalan Presiden KDCA, Dr. Othman Minudin dan Pengerusi Penganjur Anugerah Huguan Siou, Dr Lungkiam Dambul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan