Ahad, April 19, 2009

PATI JADIKAN PESISIR SUNGAI PEGALA TEMPAT SEMBUNYI

19th April, 2009

image KENINGAU: Rukun Tetangga Kg. Panagatan Ulu mendedahkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menjadikan pesisir Sungai Pegalan sebagai tempat persembunyian, penyumbang kepada kepupusan segala sumber hutan di sepanjang Trans Pegalan.

Pengerusinnya Mohd Khairil Abdullah berkata, sejak lebih 10 tahun yang lalu berpuluh PATI yang terdiri daripada pekerja, atau penyewa tanah penduduk tempatan hidup selesa di kawasan itu.

“Mereka menyapu bersih segala hasil hutan yang ada seperti pakis, rebung dan hasil pertanian milik penduduk yang lain, untuk tujuan perniagaan,” katannya.

Khairil berkata, kes kecurian binatang ternakan di kawasan itu meningkat apa yang beliau sifatkan, ada kaitan dengan kehadiran warga asing yang begitu ramai di situ.

“Saya dapati berpuluh-puluh kenderaan pacuan empat roda memasuki kawasan itu, melalui Kg. Panagatan Ulu dan Laut, setiap kali operasi dijalankan di negeri ini,” dedahnnya.

Menjawab satu soalan, Khairil berkata, sudah sampai masanya ‘amaran keras’ diberikan kepada pemilik tanah agar tidak memberi perlindungan kepada warga asing, khususnnya dikalangan PATI.

“Sesuatu yang lebih berat perlu dicadangkan kepada pemilik tanah, dan ini termasuk menyita atau menarik balik hak milik tanah tersebut,” tegasnnya.

Khairil berkata, kehadiran PATI di negeri ini bukan sekadar menyusahkan kerajaan, namun ia merupakan ancaman besar kepada penduduk tempatan.

image “Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk survival di negeri ini,” katannya, dan menambah PATI merupakan perasit yang boleh mengugat masa depan penduduk tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan