Wajarkah BN bertanding?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
"Kalau tidak bertanding kita macam sudah mengaku kalah, pembangkang walaupun di kubu kuat BN, mereka tetap bertanding. Semangat mereka kuat dan kita kena jadi macam itu juga.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu
"Sebagai parti pemerintah sejak negara mencapai kemerdekaan, tindakan menarik diri daripada pilihan raya akan memberi gambaran BN kini gentar untuk berdepan dengan pembangkang.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir
"Mungkin juga boleh dipertimbangkan supaya parti berkenaan dihalang dari bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut,"
Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustapha Ishak
"BN mesti melihat setiap pilihan raya dengan serius, kalau dianggap beban ia akan memberi gambaran bahawa parti itu sudah 'letih'. BN tidak perlu rasa malu dan takut untuk hadapi sekali lagi kekalahan,"
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim
"Wakil rakyat sesuatu kawasan merupakan amanah rakyat yang telah memilih mereka dengan cara demokrasi. Tindakan meletak jawatan hanya untuk mengadakan pilihan raya kecil adalah tindakan mengkhianati amanah itu,"
Ketua Wanita UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
"Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa oleh kerenah individu dan kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman parti mereka,"
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
"Biarpun demokrasi memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan, namun tindakan sengaja mengosongkan kerusi tertentu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil adalah tidak wajar,"
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican
"Tidak ada apa-apa yang perlu dibuktikan di DUN Penanti, selain proses pilihan raya menjadi alat permainan parti tertentu,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan