Sabtu, April 25, 2009

KEMENTERIAN PELANCONGAN DICADANG PATENKAN 'HOMESTAY'

image JERLUN, 25 April (Bernama) -- Majlis Tindakan Pelancongan Kedah (MTPK) meminta supaya Kementerian Pelancongan mempatenkan perkataan 'homestay' bagi mengelakkannya digunakan sesetengah pengusaha perkhidmatan permotelan yang tidak mencapai tahap atau standard sesebuah homestay.

image Pengerusinya Datuk Othman Aziz berkata homestay bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, malah ia perlu mempunyai produk berkonsepkan kebudayaan dan eko-pelancongan.

"Konsep homestay mesti betul iaitu penduduk dan pelancong mesti tinggal bersama dan pelancong perlu disajikan dengan budaya serta gaya hidup kita seperti turun ke sawah padi atau pergi ke laut menangkap ikan.

"Homestay perlu berada di kawasan luar bandar atau kampung yang menjanjikan pengalaman yang berbeza terutama kepada pelancong yang datang dari bandar besar," katanya pada sidang media sempena karnival homestay negeri Kedah di Homestay kampung Jeruju di sini, Jumaat.

image Sementara itu, Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turut menghadiri karnival itu, berkata sebagai permulaan, pihaknya akan menyalurkan peruntukan kira-kira RM200,000 kepada homestay kampung Jeruju untuk pembinaan pusat khas menghasilkan produk asas tani dan kraftangan.

"Apabila kerajaan nak merakyatkan ekonomi, maka peluang pendapatan daripada pelancongan dibawa ke peringkat terbawah atau sub-sektor iaitu homestay.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan