KUALA LUMPUR 19 Mac - Setiap hari tiga orang rakyat negara ini disahkan positif HIV dan seorang meninggal dunia akibat AIDS.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad berkata, jumlah purata itu adalah berdasarkan kes positif HIV terkumpul yang mencapai 80,000 setahun.
"Oleh yang demikian, usaha-usaha bagi memastikan penyakit ini tidak menjadi ancaman kepada negara telah diambil termasuklah melaksanakan Pelan Strategik Kebangsaan (NSP) mengenai AIDS 2006-2010.
"Sebahagian daripada program yang dilaksanakan ialah pencegahan, kawalan, rawatan, penjagaan dan sokongan kepada pihak yang menghidap HIV,".
''Kita juga melaksanakan program mengurangkan kemudaratan melalui penggunaan metadonsebagai gantian dadah yang sekarang ini melibatkan hampir 7,000 bekas penagih.
''Sasaran penyertaan pada tahun ini ialah 10,000 orang dan pada 2010 dijangka melibatkan 20,000 orang,'' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan