Khamis, Mac 19, 2009

BUKAN KAMBING KORBAN

GoatPUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) -- Tiada unsur sabotaj dan kambing korban dalam tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung kesalahan politik wang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata lembaga itu bertindak berdasarkan maklumat dan Mohd Ali tidak dijadikan kambing korban dalam usaha parti itu membanteras gejala rasuah politik wang.

"Kita tidak boleh persoalkan nawaitu (niat) Lembaga Disiplin dan perlu memberi kepercayaan kepadanya sekiranya kita nak bersihkan Umno,".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus segelintir anggota Umno mempersoalkan kredibiliti lembaga itu serta cakap-cakap politik kemungkinan wujudnya unsur sabotaj dan kambing korban dalam kes Mohd Ali itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan