KOTA KINABALU, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sabah sedang meneliti beberapa pilihan untuk menyelesaikan masalah kekurangan katil hospital di sini berikutan penutupan blok menara utama di hospital Queen Elizabeth di sini.
"Kami masih berharap kerajaan persekutuan untuk menyediakan peruntukan bagi menyegerakan pembinaan sebuah hospital baru di Kota Kinabalu," kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
"Kepentingan dan keselamatan para pesakit adalah penting. Saya telah berbincang dengan rakan saya di dalam Kabinet dan kami bersetuju bahawa kami perlu meneliti pilihan-pilihan yang ada bagi menyelesaikan segera masalah itu,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan