KUALA LUMPUR : Seorang guru Bahasa Inggeris nyaris buta mata kanan selepas disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh lelaki yang menunggang motosikal di luar pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya di sini, petang kelmarin.
Ketika kejadian jam 4 petang itu, mangsa sedang menunggu suami untuk pulang ke rumah, bersama beberapa pelajar sekolah.
Beliau tidak menolak kemungkinan menjadi mangsa keadaan.
Katanya, kira-kira seminggu lalu, berlaku salah faham antara sekumpulan pelajar dengan seorang guru lain di sekolah itu.
Katanya, kejadian itu mungkin menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terbabit dan mengambil tindakan sedemikian seperti membalas dendam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan