KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Petronas kini melaksanakan tawaran tender bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyiapsediaan projek pembangunan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis Sabah, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
SOGT yang dijangka siap dan mula beroperasi pada 2012 akan mempunyai jumlah kapasiti penyimpanan sebanyak 2.5 juta tong minyak mentah dan mampu mengendalikan sebanyak 300,000 tong minyak mentah sehari dan lebih kurang 1.250 juta kaki padu gas sehari.
Sebahagian daripada gas yang diterima SOGT pula akan dimanfaatkan untuk kegunaan sektor elektrik dan industri hiliran.
Sebahagian lagi akan disalurkan ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu melalui saluran paip sejauh 500 kilometer yang akan dibina di bawah projek SSGP, kata senator itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan