Jumaat, Mac 06, 2009

PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA (MMA) MINTA KEMENTERIAN KESIHATAN SELESAI MASALAH DI QEH

imageKUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berharap Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan khidmat sokongan dan sumber bagi menyelesaikan isu yang berbangkit ekoran perpindahan pesakit dari Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu ke hospital lain di kawasan sekitarnya.

“Isu logistik akan menjejaskan pemberian perkhidmatan kesihatan dan kualiti penjagaan kepada pesakit,” kata Presiden MMA Datuk Dr Khoo Kah Lin.

Katanya bahagian kecil perkhidmatan penting hospital berkenaan akan menjejaskan keselamatan pesakit dan amalan klinikal yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan