Khamis, Mac 12, 2009

MP HUBUNG TERUS KERAJAAN NEGERI

muhammad muhd taibJOHOR BAHARU, 12 Mac (Bernama) -- Anggota-anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak perlu berhubung secara terus dengan kerajaan negeri masing-masing untuk mengetahui dengan jelas tentang projek pembangunan yang sedang dan akan dijalankan di negeri terbabit.

"Saya harap mereka (anggota Parlimen Sabah dan Sarawak) dapat berhubungan dengan kerajaan negeri mereka, kadang-kadang kerajaan Persekutuan telah menghantar dana kepada kerajaan negeri” kata Tan Sri Muhammad Muhamad Taib

"Mereka yang mendapat maklumat daripada kerajaan negeri akan mengetahuinya kerana wang telah dihantar kepada kerajaan negeri," mengulas rasa tidak puas hati beberapa anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak di Parlimen baru-baru ini tentang ketidakseimbangan pembangunan di kedua-dua negeri itu berbanding Semenanjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan