Rabu, Mac 18, 2009

MINYAK TURUN: PENDAPATAN NEGARA DIJANGKA TIDAK TERJEJAS TERUK

najib1 (1) KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Jumlah pendapatan negara tahun ini dijangka tidak terjejas teruk ekoran penurunan harga petroleum kerana cukai pendapatan petroleum dikira berdasarkan kaedah tahun sebelumnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Purata harga minyak sehingga bulan Disember tahun lepas adalah sebanyak AS$104 setong berbanding anggaran asal bagi tahun yang sama (2008) sebanyak AS$125 setong," kata beliau.

Beliau berkata Petronas mencatat pendapatan sebanyak RM223.1 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM95.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 ketika purata minyak mentah dunia ialah pada harga AS$82 setong.

"Bagi tujuan laporan kewangan, Petronas menggunapakai tahun kewangan berakhir 31 Mac di mana situasi kenaikan paras tertinggi dan penurunan secara mendadak harga minyak mentah dunia sebagaimana yang dimaksudkan dalam soalan Yang Berhormat (Teresa) berlaku dalam tahun kewangan yang sama dan tempohnya hanya akan berakhir pada 31 Mac 2009 ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan