KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) bersetuju dengan tindakan pentadbir sekolah merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.
Katanya, telefon bimbit dirampas guru di kawasan sekolah perlu ditebus ibu bapa pelajar atau penjaga sebagai peringatan.
“Selepas NUTP menimbang pelbagai perkara, kami menyokong baik arahan kementerian yang melarang pelajar membawa telefon bimbit kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
“Tidak ada keperluan mendesak sehingga memerlukan pelajar membawa telefon bimbit, kerana di sekolah ada kemudahan telefon awam,” kata Presiden NUTP, Hashim Adnan.
Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, “Bagi mengatasi masalah ini, guru yang tahu pelajarnya membawa telefon bimbit, tetapi tidak mengambil tindakan perlu juga dikenakan tindakan.
“Selain itu, kita tidak mahu pelajar kurang tumpuan pelajaran hanya disebabkan leka dengan telefon bimbit masing-masing,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan