Rabu, Mac 18, 2009

KERAJAAN TIDAK BOLEH PAKSA SYARIKAT BAJA TURUN HARGA

P179-RANAU KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat pengeluar baja tempatan mengurangkan harga bahan itu walaupun harga petroleum dan urea turun tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.

"Kerajaan prihatin terhadap isu kenaikan harga baja yang mendadak tahun lepas yang ada kaitan dengan harga petroleum atau urea yang naik begitu tinggi, maka (harga) baja naik kira-kira dua kali ganda," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau) yang mahu tahu apakah usaha kerajaan untuk menurunkan harga baja supaya pekebun-pekebun kecil mendapatkan keuntungan yang lebih baik.

Mustapha berkata kos bahan mentah yang bertambah menyebabkan syarikat baja tempatan terpaksa menaikkan harga selain harganya di pasaran antarabangsa turut meningkat.

Menurutnya syarikat baja tempatan kini secara purata mengeluarkan 40 peratus keperluan baja tempatan manakala selebihnya diimport dari Mesir, Jordan, Kanada dan Rusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan