Khamis, Mac 12, 2009

KAJIAN DASAR PPSMI DIBENTANG SEBELUM AKHIR MAC

berita03a

KUANTAN, 12 Mac (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hasil kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dibentangkan ke kabinet sebelum berakhir bulan ini.

"Kementerian Pelajaran telah mengedarkan memorandum mengenai PPSMI kepada semua kementerian yang terlibat untuk diberikan ulasan, bergantung kepada kementerian (lain) kembalikan ulasan mereka sebelum kita bawa ke Jemaah Menteri, saya rasa bulan ini juga," kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kalau kita hendak membuat perubahan kepada dasar ini, kita perlu mengambil kira seramai 6.1 juta pelajar yang telah melalui dasar PPSMI, 126,000 guru terlibat dan jumlah hampir RM3 billion yang kita laburkan dalam melaksanakan dasar ini, jadi ianya bukan satu perkara yang perlu dengan sewenangnya membuat keputusan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan