Khamis, Mac 12, 2009

KERAJAAN SABAH TUBUH PUSAT SETEMPAT UNTUK PANTAU PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

n_10musa  KOTA KINABALU, 12 Mac (Bernama) - Kerajaan Sabah telah menubuhkan Pusat Setempat bagi memantau peruntukan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan Pusat supaya semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cekap dan menepati sasaran masa.

"Kita akan terus berusaha untuk meningkatkan sistem penyampaian. Sebab itu, kita telah wujudkan 'One  Stop Centre' yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan dibantu Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sabah supaya apa juga permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan secepat mungkin," kata Datuk Seri Musa Aman.

Ketika diminta mengulas rungutan beberapa anggota Parlimen dari Sabah terhadap ketidakseimbangan pembangunan di negeri ini berbanding di Semenanjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan