PUTRAJAYA, 6 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelajaran hari ini mula mengagih-agihkan bantuan sebanyak RM50 juta sebagai bantuan kewangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Kementerian sedar langkah menangguhkan pembayaran yuran PIBG sehingga pertengahan tahun sedikit sebanyak menjejaskan pelaksanaan aktiviti di sekolah, maka bantuan tersebut disalur bagi membantu menggerakkan PIBG di semua sekolah di seluruh negara, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan waran peruntukan bantuan tersebut di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan