Selasa, Februari 10, 2009

BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (TNC HEP) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(BTN) Kundasang, 8hb. Feb 2009 : Satu pertemuan dengan Pengetua Kolej Perdana UTM, Prof Madya Ahmad bin Hj Khalid dan Timbalan Naib Conselor (HEP) UTM Ybhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor telah berlangsung di BTN Kundasng dengan pengerusi Gerakan Daya Wawasan Kg. Silou, En. Mohd. Harman Abdullah.

Perbincangan adalah mengenai program perpindahan teknologi dan bermesra bersama penduduk Kg. Silou, Ranau.

Pada pertengahan bulan Jun akan datang, seramai 47 orang Mahasiswa dan 4 orang pegawai pengiring dari Kolej Perdana, UTM Skudai akan menjalankan satu program berbentuk kemasyarakatan dan pendidikan di Kg. Silou selama 6 hari. Beberapa bengkel perpindahan teknologi seperti bengkel pembuatan fibreglass, memprosesan baja organik mengunakan hampas padi, memproses minyak kelapa dara dan pembinaan laman web. Aktiviti seperti gotong royong, kebudayaan, sukan dan sukan rakyat juga akan diadakan.

Ini adalah susulan program yang telah dilaksanakan dengan jayanya bersama pihak UTM dan penduduk Kg. Silou pada bulan Jun tahun lepas iaitu, Program Iskandar – Kinabalu Academic & Community Service (I-KACS 08’).

IMG_1709

Dato’ Prof. Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMG_1706  Pengetua Kolej Perdana, Prof Madya Ahmad bin Hj Khalid (kanan)

IMG_1714

Dato’ Prof. Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor sedang menyatakan sesuatu sambil di dengar oleh En. Mohd. Harman pengerusi GDW Kg. Silou Ranau (kanan).

IMG_1719 Gambar kenang-kenangan dari kiri En. Zulqurnain Yusof, Dato’ Prof. Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor , En. Affandy Ganie, Prof Madya Ahmad bin Hj Khalid, En. Mohd. Harman Abdullah.

________________________________________

SILA KE BAKTI SISWA KG. SILOU RANAU & BAKTI SISWA UTM-KEMAS & Iskandar melambai Kinabalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan