Rabu, November 28, 2012

PENJELASAN ANGKASA BERKENAAN ARTIKEL "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012"

PENJELASAN BERKENAAN ARTIKEL "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012"

Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulan kenyataan dari sudut sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.

Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

  1. 1.Pada 21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 dan 25 Disember, Bumi, Matahari dan pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari seperti di rajah 1.
  2. Berhampiran pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.

Rajah 1 

Jadi, andaian orang ramai adalah seperti berikut:

  • "Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta. "Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi maka Bumi akan bergelap.

    Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:

  • "Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrillion batu), jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.

  • "Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita kearah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi.

Terdapat juga video You Tube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel  "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012".

Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan penjelasan lebih lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Pegawai Sains ANGKASA, En Zamri Mastor dan En Fairos Asilam atau Pegawai Penerangan En Balasupramaniam di talian 03-8888 8668.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan