Ahad, November 18, 2012

PENEMUAN DUA TELAGA MINYAK BERI MANFAAT RAKYAT SABAH

Penemuan dua telaga minyak beri manfaat rakyat Sabah

TENOM 16/11/2012: Penemuan dua lagi telaga baru minyak yang terletak kira-kira 100 kilometera di timur laut Kota Kinabalu dijangka membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah di samping menyumbang kepada kekayaan negeri dalam perkembangan industri minyak dan gas dan Sabah.

Penemuan ini juga akan membolehkan negeri ini akan dapat menerima pelbagai manfaat yang mampu menarik lebih ramai para pelabur melabur di negeri ini

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar, berkata dengan penemuan dua lagi telaga baru minyak sebagai mana yang diumumkan Petronas di telaga Wakid-1 dalam Blok 2G-2J baru baru ini, potensi Malaysia khususnya Sabah sebagai kawasan cari galis gas dan minyak petroleum boleh dipertingkatkan yang mampu memberi anjakan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Pembangunan yang diusahakan ini akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping mendorong anak muda termasuk pelajar mencebrui bidang pekerjaan yang disediakan oleh Petronas,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Kembara Kerja Petronas di DewanSMK Chung Hwa Tenom, dekat sini.

Hadir sama Pengurus Petronas Wilayah Sabah dan Labuan Roslan Ahmad Nordin dan Pegawai Pelajaran daerah Tenom Ajmal Haji Jumah.

Menurut Jamawi setakat ini hanya kira-kira 20 peratus daripada 25,463 pekerja syarikat Petrolium Nasional Berhad (Petronas) pada masa ini adalah kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak dan yakin dengan penemuan dua telaga baru minyak di negeri ini kadar berkenaan akan terus meningkat.

Sehubungan dengan itu katanya golongan pelajar dan juga belia di negeri ini perlu merebut peluang itu dengan mengambil kursus-kursus yang berkaitan dengan industri petroleum yang ditawarkan semasa mereka melanjutkan pengajian di peringkat universiti disebabkan industri ini memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam industri itu.

“Selain itu juga saya difahamkan Patrones sendiri menyediakan pusat latihan mereka sendiri sebagaimana yang terdapat di Membakut bagi memberi latihan khas untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada pekerja tempatan,” katanya

Mengulas program itu, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata ia merupakan pendekatan terbaik yang dilakukan oleh Petronas khususnya kepada golongan pelajar tentang peluang peluang pekerjaan yang disediakan oleh Petronas termasuk peluang-peluang pendidikan melalui tajaan biasiswa yang disediakan oleh Petronas.

Jamawi juga turut melahirkan rasa bangga dan terima kasihnya kepada Petronas dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada golongan pelajar yang bukan sahaja turut menyediakan tajaan biasiswa kepada pelajar dalam industri ini tapi juga turut menyalurkan bantuan kelengkapan pembelajaran di beberapa buah sekolah di negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan