Masidi: Jangan mudah terpengarauh dengan sumber dari internet
RANAU 25/11/2012: Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) disaran terus terus berpegang teguh dengan kenyataan dan bukan mempercayai sebarang maklumat yang terdapat di laman sesawang.
YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyeru kakitangan KEMAS agar tidak mudah dipengaruhi dengan sumber-sumber yang didapati di Internet kerana terdapat maklumat-maklumat yang disebarkan adalah tidak benar.
Masidi menyatakan demikian ketika bersama-sama dengan kakitangan KEMAS daerah Ranau dalam suatu majlis makan tengahari bertempat di Rumah Rehat Lohan, Ranau baru-baru ini.
Ketika berucap, Masidi yang juga merupakan Adun Karanaan, Ranau menyatakan bahawa terdapat sumber-sumber yang dikeluarkan di internet hanyalah direka untuk tujuan kepentingan peribadi sesebuah pihak sahaja.
“Teknologi internet yang cepat berkembang menyebabkannya ianya tidak dapat dikawal dan ditapis menyebabkan lebih ramai yang semakin keliru dengan maklumat-maklumat yang disebarkan samada benar ataupun tidak,” katanya.
“Facebook, Twitter, Myspace dan Youtube adalah antara laman sosial yang semakin rancak digunakan bukan sahaja oleh golongan muda-mudi malah turut digunakan oleh golongan elit. Kita harus mengunakan laman-laman sosial ini dengan bijak dan bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan maklumat-maklumat palsu menerusi nya,” tambahnya lagi.
Masidi juga menyeru kepada para kakitangan KEMAS agar dapat berhubung dengan pihak-pihak yang berkaitan sekiranya kurang pasti dengan maklumat-maklumat yang dijumpai di laman-laman sosial.
“Marilah kita mengunakan laman-laman sosial ini sebagai medan penyampaian maklumat alternatif yang sahih dan benar dan sekiranya terdapat sebarang keraguan, silalah terus berhubung dengan saya atau pihak-pihak yang berkenaan untuk kepastian kerana kita sentiasa terbuka setiap masa untuk pertanyaan ,” katanya lagi.
Dalam acara tersebut, YB Datuk Masidi Manjun turut memuji prestasi cemerlang yang ditunjukkkan oleh kakitangan KEMASdalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
----------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan