Selasa, November 27, 2012

120 ATAU 96?

Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff


“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,”

"Itu kajian dia. Biarkan. Saya juga buat kajian dan saya mendapati fakta yang berbeza, daripada segi kerusi memang berbeza tetapi dari segi pencapaian, hasil kajian menunjukkan lebih kurang.

“Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.


"Kalau dia kata 120 kerusi, saya tidak mendapat begitu. Saya mendapati 96 kerusi bersih untuk BN dan 68 kerusi selesa kepada Pakatan Rakyat. Manakala selebihnya menjadi persaingan,"

“Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun,”

"Tidak ada siapa-siapa pun lagi yang akan membentuk kerajaan dan menang tipis. Nak menang tipis kena ada 112 kerusi. Kalau kerusi yang lebih itu, BN menang, maka BN akan menang besar,"



“Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November,”

"Kedudukan sekarang ini ialah satu persaingan di antara semua parti yang bertanding, antara dua yang utama ini. Ia terbuka, bergantung kepada strategi akhir sebab di akhirnya masih ramai yang belum membuat keputusan, peralihan undi pertengahan akan berlaku, dan kedudukannya bergantung kepada strategi akhir,"

“Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,”

"pada saya semua kerusi campuran itu panas dan malangnya ketika ini berdasarkan pindaan 2002, persempadanan semula itu kebanyakannya adalah kerusi campuran yang panas."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan