HASIL MINYAK SABAH USD 200 BILLION?
Oleh : NOOR HALIM BIN DATUK HJ. ZAINI
KESEDARAN dan kejujuran daripada semua pihak boleh mencapai matlamat ini. Ini ada satu cerita untuk kita renungkan sebelum kita membincangkan lebih lanjut isu tersebut.
Petani bernama Gaman memiliki 10 ekar kebun buah-buahan yang beraneka jenis, tetapi kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan modal pusingan dalam perniagaan; maka setiap musim buah-buahan tidak diambil dan dijual.
Al-kisah ada seorang yang pintar dan tahu selok-belok perniagaan yang bernama Dato' Kassim yang mengetahui potensi sebenar kebun tersebut telah berjumpa dengan Si Gaman dan memberi cadangan perniagaan yang berbunyi seperti berikut;
“Saya ambil alih pengurusan kebun saudara dengan bayaran 5% hasil jualan kasar buah-buahan dari kebun tersebut”. Dengan keadaan Si Gaman yang serba kekurangan, tanpa mengetahui berapa nilai sebenar hasil buah-buahannya dan terus bersetuju menerima cadangan itu.
Selepas sahaja si Gaman bersetuju dan menandatangani persetujuan cadangan tersebut, Dato Kassim terus mencari kawannya yang pakar dalam bidang pertanian yang bernama Van John dengan cadangan pengambilahlihan pengurusan kebun Si Gaman dengan cadangan bayaran 30% hasil pengeluaran kebun buah-buahan tersebut.
Dalam perjanjian tersebut Dato Kassim juga memberi syarat tambahan bahawa kos penyelenggaraan dan pengeluaran ditanggung dahulu oleh Van John dan akan dibayar balik jika ada keuntungan hasil jualan buah buahan tersebut.
Selepas hasil dikeluarkan, keuntungan dibayar kepada Van John termasuk kos pengeluaran sebanyak 60% dan Dato Kassim telah mendapat keuntungan bersih sebanyak 35% selepas membayar sebanyak 5% kepada Si Gaman.
Bila dilihat dari lahiriah perjanjian di atas tidak ada salahnya. Gaman menerima perjanjian tanpa usul periksa kerana kekurangan pengetahuan; Van John menerima perjanjian kerana yakin akan keuntungan yang bakal diperolehinya dan Dato Kassim berani bertindak begitu rupa kerana dia tidak mengeluarkan sebarang modal perniagaan dan yakin atas potensinya.
Tetapi jika difikirkan secara adil dan penuh keinsafan, perjanjian ini adalah berat sebelah dan dikategorikan sebagai penindasan.
Dalam ugama Islam itu sendiri tidak mengalakkan pengambilan untung yang berlebihan. Si Gaman adalah pemilik tanah dan juga berkerja keras menanam buah-buah tersebut hanya mendapat 5%; sedangkan satu ketika nanti pokok buah-buahan akan berhenti berbuah.
Dato Kassim yang tidak mengeluarkan modal dan tidak mempunyai kepakaran dalam pertanian pula mendapat 35%, manakala Van John seharusnya layak menerima keuntungan 30% kerana ia bekerja keras dalam pengeluaran hasil buah-buahan tersebut.
Merujuk kepada rencana saya sebelum ini di Sabahkini.net, saya telah menerima pelbagai kritikan pro dan kontra.
Saya sengaja menulis satu rencana yang ringkas bagi membolehkan kebanyakan kumpulan pembaca boleh memahami kandungan rencana saya dan cuba mengelakkan penggunanaan banyak ungkapan yang jarang digunakan dan pengiraan yang rumit.
Ada pembaca mahu saya membuktikan dengan lebih terperinci bagaimana saya dapat angka-angka tersebut. Sebenarnya apa yang saya tulis sebelum ini boleh didapati dari berbagai-bagai sumber, tekan saja dalam pencarian Yahoo 'Oil production, Sabah' semua yang saya tulis boleh didapati di situ.
Ada juga pihak cuba menegakkan benang basah dan ada pula yang cuba mengalihkan tujuan rencana ini ditulis. Mengikut seorang pembaca, pendapatan kasar Sabah US12 tidak logik kerana mengikut beliau Laporan Kewangan Petronas Bagi Tahun 2011, Keuntungan bersih dalam pengeluaran minyak hanya USD 10.8 billion dan pengeluaran gas menyumbangkan USD 2 billion.
Saya cuba membincangkan industri minyak dan gas di Sabah dan bagaimana Sabah negeri termiskin di Malaysia ini boleh boleh dimajukan dengan pendapatan dari sektor industri tersebut.
Bagaimana PETRONAS mengendalikan operasi dan pelaburan dan sama ada untung atau rugi adalah tidak perlu disentuh di sini kerana saya cuba mencadangkan bagaimana Sabah boleh mendapat 100% keuntungan hasil minyak dengan menjadikan dirinya berstatus 'Pemilik'.
Takungan minyak Kikeh, Murphy Oil boleh mencapai pengeluaran minyak 125,000 bbl/d; Takungan minyak Gemusut Field, Shell boleh mencapai pengeluaran minyak 135,000 bbl/d dan telaga minyak Wakid, Petronas Carigali boleh mengeluarkan minyak sebanyak 8200 bbl/d.
Jumlah ini belum mengambil kira terminal minyak dan gas Sabah di Kimanis (SOGT) yang jika siap kelak akan boleh mengeluarkan 300,000 bbl/d. Jika dilihat keupayaan pengeluaran minyak Sabah, tidak keterlaluan saya katakan bahawa pengeluaran minyak Sabah boleh dicapai sebanyak 300,000 bbl/d.
Maksudnya 300,000 ribu barrel minyak dapat dikeluarkan dalam sehari. Harga pasaran masa kini melebihi USD 100 dalam satu barrel. Jika kita mengambil harga minyak USD 100 sebarrel, bererti pendapatan kasar Negeri Sabah dalam pengeluaran minyak mentah sahaja adalah hampir USD 11 billion setahun.
Ini belum mengambil kira pendapatan dari hasil jualan gas asli dan penghasilan minyak dan gas dari kawasan sempadan antara Sabah dengan Vietnam dan sempadan antara Sabah dengan Brunei.
Berbalik kepada cerita tersebut di atas, diharap menteri-menteri kita dapat membuat satu perjanjian yang adil dan beretika bagi mengelakkan ada pihak yang tertindas. Perjanjian Petroleum yang sebelum ini telah digubal oleh manusia dan ini bererti masih boleh diubah mahu pun dibatalkan sama sekali.
Dengan adanya pemimpin yang bersikap jujur dan beretika, perkara ini boleh diselesaikan bagi membolehkan Negeri Sabah menjadi pemilik kepada minyak dan gas di negeri ini sekali lagi.
Untuk maklumat pembaca, Negeri Sabah mempunyai simpanan minyak sehingga hari ini sebanyak hampir 2 billion barrel minyak mentah dan dengan kata lain kita mempunyai lebih kurang USD 200 billion (RM600,000,000,000) simpanan dalam bentuk minyak mentah.
Kalau wang ini digunakan sebanyak USD 2 billion setahun untuk memajukan Negeri Sabah ini, kita memerlukan 100 tahun untuk menghabiskan wang minyak ini, tetapi saya yakin kita akan mendapat lagi telaga minyak baru pada masa-masa akan datang.
Semoga Rakyat Sabah dapat melihat potensi hasil minyak dan gas milik kita. Mari kita berusaha ke arah mencapai matlamat untuk memiliki kembali minyak dan gas negeri ini.
Pada masa yang sama kita berharap saudara-saudara senegara kita dari Semenanjung Malaysia harus sedar perjanjian minyak tidak beretika ini mengakibatkan negeri ini menjadi negeri termiskin di Malaysia. Kasihan Si Gaman!
Hope that Sabah will be able to gain back the rightful oil royalties so that we may use the funds for further developments of the state.
BalasPadamthe rights of sabahans has been stolen.
Padamsesiapa yang berminat harus la mengikuti kursus yang sesuai supaya tidak mudah dikasi main.
BalasPadamThe loyalties is a right time to make adjustment.
BalasPadamTetapi jika difikirkan secara adil dan penuh keinsafan, perjanjian ini adalah berat sebelah dan dikategorikan sebagai penindasan.
BalasPadamKenapa kerajaan menanda tangani kontrak yang berat sebelah dan tidak memanfaatkan Sabah secara keseluruhan?
byk juga hasil minyak Sabah. rakyat Sabah harus mendapat manfaat yang sepatutnya dari hasil minyak tersebut.
BalasPadamJika kadar royalti tidak dinaikkan, sekurang2nya Petronas dapat menyumbangkan projek2 yang mampu untuk membantu rakyat Sabah secara keseluruhannya. Dengar2, Petronas juga telah menawarkan biasiswa pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan yang terbaik.
PadamPetronas juga telah banyak memberikan pelbagai bantuan dan pembangunan di Sabah.
BalasPadamSemoga Petronas terus menjalankan tanggungjawab sosialnya terhadap negeri Sabah yang menyumbangkan pendapatan melalui hasil minyak dan gas.
PadamLet us not end up like si gaman.
BalasPadamHarap rakyat akan mendapat yang kepunyaan mereka. janganlah menggunakan kebaikan kita saja.
BalasPadamhasil usd200 bilion itu sudah ditolak dengan kos2 operasi?? subsidi?? dan dana pembangunan untuk kerajaan persekutuan??
BalasPadamyang membuatkan saya ragu2 dengan janji pembangkang ialah, bagaimana mereka boleh membuat janji tentang nilai royalti yang berbeza antara satu dengan yang lain?? kenapa ada yang boleh bago 20%, ada pula yang boleh bagi separuh dan ada juga yang boleh bagi 70%..
BalasPadamIn 2011, Petronas announced a whopping investment and its commitment to a combined capital expenditure of RM45 billion to implement an integrated oil and gas master plan for Sabah, involving the development of several upstream and downstream projects over the next few years.
BalasPadamThe announcement received positive reactions and all-round support from the majority of the people and state leaders alike, although some said there was still room for improvement in Petronas’ presence in Sabah.
BalasPadamOn August 4 last year, Petronas’ general manager for Sabah and Labuan regional office Joseph Podtung said some of these projects had already started, while others were expected to commence soon.
BalasPadamThe projects included the RM3.8-billion Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT), the RM1.5-billion 300-megawatt (MW) gas-fired power plant in Kimanis, the RM4.6-billion mega fertiliser plan in Sipitang and a liquefied natural gas (LNG) re-gasification terminal in Lahad Datu to feed natural gas to the proposed new 300MW power plant in the area. The terminal and the power plant were expected to cost RM2.2 billion.
BalasPadamChief Minister Datuk Seri Musa Aman, who is also State Finance Minister, assured that the state government would extend its full support and assistance to facilitate Petronas-related activities in Sabah.
BalasPadamCiting the Sabah Ammonia-Urea (Samur) plant project owned by Petronas Chemicals Group Bhd in Sipitang, Musa said Sabah firms were set to be awarded contracts worth some RM600 million in the project.
BalasPadamThis also signifies the earnestness of Petronas in giving Malaysians in Sabah opportunities to be players in the business of oil and gas as expressed by the Chief Minister with regards to the Samur project.
BalasPadamFormer head of state Tun Ahmadshah Abdullah said in November last year that Petronas’ investments to develop Sabah’s downstream and upstream oil and gas industries would have a big impact on the state’s economy; and that Sabahans should be proud of the mega project, slated for completion in 2013.
BalasPadamThe discovery of several oil fields offshore Sabah was expected to help drive the state’s economy and create job opportunities for Sabahans, he said, adding the nation’s oil, gas and energy sector was expected to need around 21,000 highly-skilled workers by 2020.
BalasPadamBongawan assemblyman Datuk Karim Bujang was quoted as saying that Petronas has done much for the people and the state.
BalasPadamKarim said he supported the State Assembly Speaker’s decision to reject a motion at the State Legislative Assembly Sitting early last year by Luyang assemblywoman from Sabah Progressive Party (SAPP) Melanie Chia requesting the Sabah government to review the agreement on the petroleum royalty from five per cent to 20 per cent.
BalasPadam“I believe the benefit from the spin-offs of the projects is more than the royalty rate sought in the motion,” Karim said.
BalasPadamThe opposition in Sabah, however, called for a higher oil royalty, but hesitated to inform the people the true picture or the quantum of Petronas’ contributions to the state so far.
BalasPadamIn fact, up to August last year, Petronas had invested RM61 billion in the upstream and downstream activities of Sabah’s petroleum sector, contributing significantly to the state’s development.
BalasPadamLast year Petronas discovered oil offshore Sabah — initial estimates put the well’s reserves at 227 million barrels of oil equivalent (boe) and tests in three different reservoirs yielded a maximum output rate of 8,200 barrels per day (bpd).
BalasPadamThe Sabah Oil and Gas Contractors Association (SOGCA) said the state’s oil and gas industry had been energised by Petronas’ plans to develop RM45 billion worth of long-term key projects in Sabah.
BalasPadamAt the Sabah Oil and Gas Forum here on November 4, its president Datuk Iskandar Malik described these mega projects as ‘a windfall for the people of Malaysia, and Sabah in particular’.
BalasPadamFederation of Sabah Manufacturers (FSM) president Datuk Wong Ken Thau said the oil and gas industry was poised to boost the manufacturing sector’s contribution to Sabah’s gross domestic product (GDP) in the next five years.
BalasPadamPetronas was also reported to have prioritised locals in terms of business opportunities, especially with Petronas service stations.
BalasPadam“All Petronas service stations in Sabah are 100 per cent owned by locals,” said former Petronas service station dealer Jahid Jahim.
BalasPadamJahid, who is now State Assistant Minister of Youth and Sports, said this showed Petronas’ seriousness to really help and nurture Sabahans to succeed in the petrol station business.
BalasPadamSabah, with its huge oil and gas reserves, has great potential to become a major economic force in the country, and many expect Petronas’ promising ‘Year of the Rabbit’ to continue to boom in 2012, which is the ‘Year of the Dragon’
BalasPadam