Hutang RM589 juta Tajudin dilupuskan
Mac 23, 2012: Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.
"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.
Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.
Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.
Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.
If this is what was decided by the court, we could only accept, unless someone would continue to appeal.
BalasPadamTu adalah keputusan mahkamah
BalasPadampenyelesaian dah diputuskan.
BalasPadamItu terpulang kepada mereka untuk menyelesaikan kes ini diluar mahkamah.
BalasPadamWin-win situation lah kalau macam itu.
BalasPadamRamai yang tidak bersetuju dengan pelupusan hutang Tajudin yang bernilai jutaan ringgit ini.
BalasPadamBagaimana hutang Tajudin boleh dilupuskan begitu saja? jika begitu keputusan yang telah diambil diharap ia tidak membawa kerugian kepada negara.
BalasPadamjika Tajuddin dipihak pembangkang (Pakatan Rakyat), sudah tentu segala kos guaman atau saman Tajuddin akan ditanggung sepenuhnya menggunakan dana awam kerajaan negeri sebagaimana yang dilakukan oleh menteri besar selangor terhadap pemimpin Pakatan merangkap adun seri muda..
BalasPadam