GURU 'PATI' DI SMK MUHIBBAH KE SIDANG PARLIMEN
Oleh : DATUK WILFRED MOJILIP BUMBURING
March 23, 2012
ARSAD BIN ALWI, memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan di SMK Balung (DG44) dengan gaji RM5,963.68. Beliau memegang kad pengenalan yang bernombor H0740273, kepunyaan seorang penduduk tempatan bernama A Ramlee @ Ramli Bin Rasim, dari Kuala Abai, Usukan Kota Belud. Persoalannya bagaimana guru ini boleh memasuki perkhidmatan awam? Sila ikuti Perbahasan saya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Terima kasih Tan Sri Speaker,
Saya ingin turut membahas ucapan menjunjung kasih ke atas titah Di Raja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di dewan ini pada 12 Mac 2021. Saya terus kepada beberapa perkara yang saya ingin sentuh dalam ucapan saya.
1) Royal Commission Of Enquiry
Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan permohonan rakyat, khasnya di Sabah agar masalah pendatang tanpa izin di Sabah ditangani secara mutlak. Kita dapat maklumat bahawa kabinet telah pun meluluskan penubuhan Royal Commision of Enquiry atau Commision of Enquiry pada 8 Febuari 2012.
Tetapi sehingga hari ini tiada pengumuman rasmi dari kerajaan, khasnya dari YAB Perdana Menteri selain daripada kenyataan akhbar dari dua menteri dari Sabah. Rakyat Sabah sangat mengharapkan Perdana Menteri membuat pengumuman semasa beliau melawat Sabah baru-baru ini. Dengan tiadanya pengumuman ini maka rakyat di Sabah tertanya-tanya bilakah penubuhan Commision of Enquiry ini dibuat?
Tan Sri Speaker,
Sudah berkali-kali dan sekian lama isu PATI ini dibawa dalam dewan ini. Tidak perlu untuk ditekan lagi betapa serius perkara ini dan rakyat mahu kerajaan menangani masalah ini secara mutlak. Oleh kerana tiada tindakan yang diambil untuk menangani masalah PATI di Sabah selama ini; maka kita tidak tahu berapa bilangan mereka sebenarnya.
Selain daripada itu, gejala PATI menyebabkan berbagai masalah bagi rakyat di Sabah dan menjadi bebanan yang berat kepada kerajaan dalam banyak bidang seperti keselamatan, perubatan, pendidikan, ekonomi, jenayah, dadah dan sebagainya.
Lapuran Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menyatakan bahawa penduduk Sabah pada 2010 ialah 3.2 juta dan daripada itu sebanyak 27% adalah orang asing iaitu sebanyak 889,779.
Kehadiran begitu banyak pendatang asing di Sabah sepatutnya menjadi satu kerisauan kerajaan dan sepatutnya tindakan menanganinya sudah diambil dalam beberapa tahun yang lalu. Oleh kerana mereka ini sudah berada di Sabah sekian lama, maka mereka sudah meresap ke dalam fabrik masyarakat dan pentadbiran kerajaan.
Kehadiran pendatang asing begitu ramai ini menyebabkan Sabah menjadi negeri yang termiskin dalam Negara, meski pun dengan adanya sumber asli yang banyak. Mereka ini juga menjadi bebanan kepada kerajaan dalam pemberian perkhidmatan.
Contohnya, baru-baru ini Timbalan Menteri Kesihatan menyatakan bahawa $21 juta bil hospital yang tertunggak di hospital-hospital di Sabah adalah dari kalangan orang asing. Ada di antara mereka ini yang sudah menjadi pegawai kerajaan walau pun mereka ini memegang kad pengenalan palsu.
Contohnya, saya terbaca (Sabahkini.net) mengenai seorang memegang jawatan sebagai Penolong Kanan di SMK Balung, Arsad Bin Alwi dengan perlantikan DG44 dengan gaji RM5,963.68. Beliau memegang kad pengenalan yang bernombor H0740273. Sebenarnya kad pengenalan ini adalah kepunyaan seorang tempatan bernama A Ramlee @ Ramli Bin Rasim, seorang penduduk asal Sabah berketurunan Bajau dari Kuala Abai, Usukan Kota Belud.
MyKad Ramlee ialah 7007-12-5439/H0740273. Persoalannya di sini ialah bagaimana orang ini masuk ke dalam perkhidmatan kerajaan sedangkan beliau memegang Kad pengenalan palsu yang nombornya dipunyai oleh orang lain. Saya percaya, ini hanyalah satu contoh dari banyak keadaan yang serupa.
Jabatan Pendaftaran Negara juga telah meluahkan kebimbangan bahawa ada nombor kad pengenalan orang yang sudah mati dipegang oleh orang lain seperti pengakuan Timbalan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini
Tan Sri Speaker,
Pada tanggal 10 Mac 2012, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Wira Abu Seman Yusop menyatakan bahawa seramai 40,000 kanak-kanak di Sabah tidak mempunyai surat lahir dan beliau kata ini disebabkan kegagalan ibu-bapa untuk mendaftar anak- anak mereka selepas lahir.
Saya percaya ini tidak tepat kerana saya yakin orang tempatan di Sabah sudah sedar akan keperluan surat lahir. Sebenarnaya persoalan ialah siapakah mereka ini sebenarnya?
Suruhanjaya Pilihanraya baru-baru ini menyatakan bahawa seramai 13,000 nama dalam daftar pemilih tidak dapat dikesan. Persoalan saya ialah kenapa ini berlaku sedangkan peraturan SPR sekarang ialah pengundi mesti mendaftar sebagai pengundi di tempat mengikut alamat dalam kad pengenalan. Nampaknya SPR pun sudah kenal pasti pengundi hantu di Sabah.
Tan Sri Speaker,
Saya sedia faham, memandangkan masalah ini adalah begitu besar, sudah tentu ianya memakan masa yang panjang dan termanya perlu dibuat dengan teliti. Bagaimana pun sekurang-kurangnya perkara penting yang berkaitan dengan masalah PATI ini, iaitu senarai pengundi di Sabah perlu dikaji semula oleh kerana ramai daripada mereka ini sudah tersenarai sebagai pengundi.
Tan Sri Speaker,
Isu pokok dalam perkara ini ialah berkaitan dengan kedaulatan negara kerana apabila orang asing terlibat dalam proses pengundian, maka kedaulatan Negara terjejas. Pendek kata masaalah ini hanya boleh diselesaikan melalui Suruhanjaya Siasatan. Oleh itu saya merayu kepada kerajaan supaya Suruhanjaya ini dapat ditubuh dan mula bertugas sebelum PRU 13 akan datang ini.
2) Status Sino-Kadazan
Tan Sri Speaker,
Saya ingin menyentuh satu masalah yang melanda sekelompok penduduk di Sabah. Ini adalah berkaitan dengan status suku atau keturunan 'Sino-Kadazan' atau 'Sino-Dusun'. Mereka ini adalah anak keturunan dari perkahwinan campur antara kaum Kadazan atau Dusun dengan orang Cina.
Semasa pemerintahan penjajah British, mereka ini diiktiraf sebagai antara satu kaum natif atau asli di Sabah. Dalam surat kelahiran suku mereka dicatat sebagai Sino-Kadazan atau Sino-Dusun.
Sekarang ini anak-anak kahwin campur ini dimestikan untuk mencatat suku sama ada Cina atau Kadazan/Dusun. Yang menjadi masaalah ialah mereka ini tidak lagi dianggap sebagai natif atau bumiputra oleh kerajaan dan oleh itu mereka tidak lagi menikmati kemudahan kerajaan kepada bumiputra termasuklah masuk ke UITM dan sebagainya.
Persoalannya ialah kenapa pengiktirafan kerajaan penjajah tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan sendiri. Semasa menuntut kemerdekaan dulu orang Sabah diberi jaminan bahawa semua hak mereka dijamin dan dilindungi. Kenapa ini berlaku sekarang. Oleh yang demikian saya memohon kepada kerajaan agar permasalahan mereka ini diberi perhatiaan dan perlinddungan sewajarnya.
3) Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGHV)
Tan Sri Speaker,
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Saham. Penyenaraian ini mungkin mendapatkan pulangan kepada peneroka. Pengerusi Kumpulan FELDA telah memberi jaminan bahawa peneroka akan kekal dengan hak milik mereka ke atas tanah mereka. Bagaimana pun ada kekuatiran di kalangan peneroka bahawa apabila FGVH disenaraikan, tanah mereka akan terdedah kepada pasaran terbuka saham kerana sesiapa pun boleh membeli saham tersebut. Turun naik pasaran saham juga akan mengakibat nilai tanah mereka secara langsung.
Saya ingin menyentuh kawasan FELDA di Sabah. FELDA telah menjanjikan kerajaan Negeri Sabah dulu bahawa peneroka akan diberi geran tanah setelah kos pembangunan sudah habis dibayar. FELDA telah meneroka kawasan di Sabah sejak tahun 1986, kira-kira 27 tahun yang lalu. Sehingga hari ini geran tanah belum dikeluarkan kepada para peneroka.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kawasan FELDA di Sabah juga terlibat dalam penyenaraian tersebut. Saya minta kerajaan supaya menunaikan janji untuk memberi geran kepada peneroka di sana.
4) Permohonan Projek Dua Buah Jambatan Di Tuaran
Tan Sri Speaker,
Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM430 juta untuk satu jambatan menghubungi Semporna dan Pulau Bum Bum. Saya ucap tahniah kepada 30,000 orang penduduk di pulau tersebut. Saya juga telah memohon dua jambatan di kawasan saya di Tuaran. Kos jambatan-jambatan tersebut ialah hanya RM18 juta setiap satu.
Saya telah pun sampaikan permohonan tersebut kepada YAB Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Oleh itu saya sangat mengharapkan permohonan ini dapat diberi kelulusan demi untuk penduduk Tuaran yang berjumlah kira-kira 120,000.
Tan Sri Speaker,
Sekian saja yang ingin saya sampaikan dan saya turut menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong. Terima kasih.
It's difficult to make a decision regarding this case, although Arsad Bin Alwi is a PATI, but he has been contributing his efforts as a teacher in our local schools.
BalasPadamHal itu memang tak dinafikan Anna. Dia banyak menyumbang bukan saja jadi pendidik tapi juga menyumbang kepada penambahan masalah pati. Bayangkan saja kalau hal ini tak diberi perhatian pasti lepas ini akan gembiralah orang yang memiliki Mykad palsu.
PadamDemi mengelakkan hal ini berterusan, tindakan tegas harus dikenakan.
PadamIts unfortunate that he is a PATI but had contributed his efforts as a teacher in our local school but him as a teacher should know better that using a false IC is illegal.
PadamTidak menjadi masalah jika Alwi mendapatkan status kewarganegaraan dengan cara yang betul. Apapun, individu ini perlu disiasat bagi mengenalpasti hal yang sebenarnya.
PadamRCI perlu disegerakan. Diharap PM dapat memahami masalah PATI di Sabah dan segera umumkan penubuhan RCI.
BalasPadamWe will have to wait for PM to make an official announcement. Its undetermined yet whether RCI will be set up in sabah .
PadamSudah berpuluh-puluh tahun penubuhan RCI ni dituntut. Diharap inilah kali terakhir tuntutan tersebut dibuat.
PadamBiarpun guru tu mempunyai jasa kepada anak bangsa yang pernah dididik tetapi memiliki IC palsu yang dimiliki oleh orang lain adalah salah disisi undang2.
BalasPadamBetul Rabbit. Namanya langgar undang-undang tetap juga harus dihukum.
PadamMereka yang memiliki IC palsu ni tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Lagipun mereka perolehinya dengan bantuan rakyat tempatan sendiri.
PadamDiharap segala hak2 Sabah dilindungi dan diperjuangkan untuk kebaikan rakyat Sabah.
BalasPadamKehadiran PATI yang agak ramai di Sabah menyebabkan Sabah sebagai negeri termiskin di M'sia.
BalasPadamBetul tu..PATI merampas hak2 sebenar rakyat Sabah. Di beberapa daerah seperti Kinabatangan, bilangan PATI sudah melebihi penduduk tempatan.
PadamDiharap para pemimpin Sabah teruskan berjuang untuk Sabah dan kesejahteraan rakyat Sabah.
BalasPadamGuru Penolong Kanan??? Biar betul??
BalasPadamSusahlah kalau macam ini. Enath2 ramai lagi yang berpangkat tinggi pun rupanya guna identiti orang lain. huhu
BalasPadamisu cikgu ini dah jadi perhatian dalam parlimen, harap ada tindakan terhdap guru tersbut, siasat identiti sebenar dia.
BalasPadamRasanya banyak lagi kes2 seumpama ini jika didedahkan semuanya. Kalau cukup bukti, individu yang terlibat boleh dikenakan tindakan.
PadamKita biarkan pihak yang tertentu menyelesaikan masalah ini. Harap keputusannya akan diumumkan kepada semua mengenai perkara ini.
BalasPadamHarap keputusan yang baik pula akan diberikan.
PadamPenjawat awam lagi itu orang yang mendapat Ic Projek. Tapi kita masih tidak pasti setakat mana kebenaran dalam hal ini.
BalasPadamHope this matter will have a clear explanation.
BalasPadamjika RCI dapat ditubuhkan di negeri ini, minta saja suruhanjaya itu menyiasat kes2 seperti guru 'PATI' ini..
BalasPadam