Jumaat, Mac 23, 2012

“ATAS PERMINTAAN KERAJAAN SABAH, MAKA KERAJAAN PERSEKUTUAN LULUSKAN. SAYA RASA INI BUKAN ISU DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN HANYA MEMENUHI HASRAT KERAJAAN NEGERI.”

IMM13, WARGANEGARA SONGSANG II (EPISOD II)

image

Oleh : MUTALIB M.D

March 21, 2012: RAMAI pemimpin BN terpukau dengan kuntau Kerajaan Persekutuan, termasuk Menteri Pembangunan Luar Sabah, Datuk Ewon Ebin dengan mengatakan bahawa Kabinet Negeri Sabah dan Kerajaan Barisan Nasional telah menyatakan pendirian membantah cadangan pemberian taraf PR berkenaan.

“Dakwaan pembangkang hanya merupakan dakyah politik yang sengaja dibesar-besarkan semata-mata menarik perhatian rakyat agar membenci kerajaan yang memerintah, apa lagi pada saat-saat menjelang pilihan raya,” ujar Ewon dalam satu sidang akhbar dan meminta rakyat Sabah tidak risau terhadap bahan kempen pembangkang yang mengatakan kononnya pemberian taraf PR kepada pemegang IMM13 disokong oleh Kerajaan Negeri.

Kata Ewon lagi, jika Kerajaan Sabah menentang pemberian PR kepada pelarian, maka apa lagi yang perlu dirisaukan kerana kerajaanlah yang berhak dan perlu didengar untuk menangani masalah tersebut.

image KELIRU.....Ewon mungkin keliru dengan permainan politik Kuala Lumpur.

Namun reaksi spontan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz amat mengejutkan rakyat Sabah apabila secara selamba berkata; “atas permintaan Kerajaan Sabah, maka Kerajaan Persekutuan luluskan. Saya rasa ini bukan isu dan kerajaan Persekutuan hanya memenuhi hasrat Kerajaan Negeri.”

Tegas Nazri lagi, jika Kerajaan Negeri Sabah sekarang menentang pemberian PR kepada pemegang IMM13, mereka boleh melakukan yang serupa iaitu membatalkan keputusan Kabinet Osu Sukam dan Kerajaan Persekutuan hanya melaksanakan apa yang dikehendaki undang-undang.

“Setakat ini, itulah keputusan kita iaitu beri PR kepada pemegang IMM13 yang layak atas permintaan Kerajaan Negeri Sabah setelah menimbangkan isu ini dengan teliti,” ujar Nazri dalam satu wawancara khas dengan media.

Menurut Nazri, pelarian politik yang memegang dokumen IMM13 akan terus tinggal di negara ini dan diberi layanan baik oleh kerajaan selagi negara asal mereka masih belum aman.

Pemegang dokumen itu berbeza dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana mereka diklasifikasikan sebagai pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Nazri berkata, sebagai negara anggota PBB, menjadi tanggungjawab Malaysia untuk memastikan layanan baik terus diberikan kepada mereka.

Menurut Nazri, mengikut sumber rasmi yang diperolehinya, sehingga kini terdapat sejumlah 61,314 orang pemegang dokumen IMM13 di Malaysia.

Tegas Nazri lagi, Malaysia bukanlah negara tunggal di dunia yang dibelenggu dengan isu tersebut, sebaliknya turut dikongsi bersama oleh negara-negara lain seperti Syria dan Mesir yang telah menerima pelarian Palestin sejak lebih 40 tahun lepas.

“Walaupun mereka diberi layanan baik oleh kerajaan, tetapi masih tertakluk kepada undang-undang di negara ini. Jika pemegang dokumen IMM13 melakukan kesalahan jenayah, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang,” ujar Nazri lagi.

Pada hemat saya, Nazri mungkin terlupa terdapat lebih 350,000 anak pelarian perang Filipina yang hidup ‘Secara Bebas’ tanpa dokumen di Sabah, namun 'DIPELIHARA' dengan baik oleh Kerajaan dan pemimpin politik kerana boleh direkrut sebagai 'PENGUNDI HANTU' atau 'PENGUNDI UNTUK DISEWA' pada bila-bila masa.

Saya kemukakan satu contoh yang jelas yang mendapat pembelaan daripada Jabatan Imigresen sekalipun hanya memegang sekeping kertas yang mencampakkan Perlembagaan Persekutuan yang kita banggakan ke 'TONG SAMPAH!'

Seorang wanita Filipina yang bernama Norhapsa Amil Hamja mendakwa bahawa beliau adalah anak salah seorang Pelarian Perang yang kini sudah berusia lebih 30-an.

Dia memohon pas lawatan IMM13. Namun oleh sebab IMM13 dibekukan, maka dia menghirup udara Sabah dengan dua keping surat ini. Norhapsa mendakwa pas lawatan sosial IMM13 bernombor H071843 telah tamat tempoh pada 30 Jun 2001.

Namun Jabatan Imigresen mengguna kuasa ‘KEPALA AGONG’ untuk memberikan Special Pass dan Surat Akuan Penerimaan bernombor 14683 sementara menunggu kelulusan permohonan lanjutan pas lawatan sosial yang sudah tamat 5 tahun lalu iaitu PHL IP-12071-4398!

Sehingga kini Norhapsa masih mengusung dua keping kertas tersebut untuk bekerja dan hidup di Sabah secara bebas kerana dibela dan dipelihara berbanding penduduk pendalaman yang masih memegang sijil lahir namun diburu bagaikan 'PENJENAYAH!'

image PTS.... Pusat Tahanan Sementara yang menjadi Pusat Penternakan Pengundi.

Dengan pilihan raya semakin membahang dan tugas Pasukan Petugas Khas Persekutuan Bagi Sabah dan Labuan (PPKPSL) semakin mencabar kerana parti pembangkang mendakwa warga pelarian yang tidak diiktiraf ini dapat dikerah untuk turun mengundi sebagaimana perubahan yang berlaku dalam lanskap politik Sabah sejak 1994 lagi.

Rumah Merah atau Pusat Tahanan Sementara yang wujud secara tidak sah telah dihalalkan kerana tidak ada sebarang pihak mencabar locus-standi PPKPSL dan Rumah Merah yang sinonim dengan ‘Pusat Menternak Pengundi.’

Walaupun kedengaran janggal dan berunsur fitnah, namun di dalam sebuah negara authoritarian seperti Malaysia dan dilunakkan dengan panggilan ‘Demokrasi Berperlembagaan’, seorang pendatang asing tanpa izin boleh dikerah mengundi bukanlah satu cerita kosong.

image BUKTI… Buku ini mendedahkan kejalangan SPR dan jentera kerajaan yang digunakan untuk memastikan BN menang sebelum pilihan raya.

Pendedahan menyeluruh dan berasas ini telah didedahkan di dalam ‘Pengundi Untuk Disewa’ yang tidak pernah dicabar kebenarannya oleh mana-mana pihak sejak 1999.

Pihak berkuasa telah diarah memastikan BN memenangi pilihan raya dengan menghalalkan cara termasuk penipuan, pembelitan dan pengundi hantu.

image Saya turut dihubungi Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah (KeAdilan), Zainuddin Hassan @ Simon dan memberitahu saya bahawa beliau ke Kudat untuk menemui seorang nelayan, Bestari yang mempunyai bukti wujudnya sindiket IMM13 palsu di Sabah.

Menurut Zainuddin, IMM13 palsu ini mengancam kedaulatan negara dan membahayakan keselamatan para nelayan di Kudat terutama dengan kebanjiran nelayan asing Filipina yang kini bermastautin di Sabah hanya menggunakan IMM13 yang disahkan palsu oleh Jabatan Imigresen.

“Saya telah bawa beberapa dokumen seperti ini untuk mendapatkan pengesahan di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu dan ia disahkan palsu dan dirampas. Bakinya inilah yang saya tunjukkan sebagai bukti,” ujar Zainuddin yang kesal kerana rasuah telah menyuburkan kegiatan haram ini.

Mengikut maklumat diterima, lebih 12,000 pas seumpama ini dikeluarkan kepada warga Filipina di seluruh Sabah, terutama berbangsa Visaya sedangkan pas ini khas untuk pelarian perang Filipina yang beragama Islam.

Zainuddin telah melakukan tinjauan rambang dan menemui lebih 200 nelayan tempatan dan asing di Kudat dan mendapati isu berkenaan amat serius kerana nelayan asing berkenaan menangkap ikan di perairan negara ini dengan menggunakan IMM13 palsu setelah pintu Imigresen bolos.

“Mereka merompak kekayaan hasil laut kita dan menjual di negara dunia ketiga atau ke negara asal mereka. Nelayan kita yang rata-ratanya miskin tidak mampu membeli trawler, namun taukey Cina daripada Sarawak dan Semenanjung Malaysialah yang mengupah mereka,” tegas Zainuddin yang kesal kerana Jabatan Perikanan tidak melakukan sebarang pemantauan sekalipun trawler atau bot pukat tunda berkenaan tidak berdaftar.

Kata Zainuddin lagi, bot hantu ini turut melakukan beberapa kesalahan lain termasuk menggunakan pukat harimau yang diharamkan dan peralatan menangkap ikan yang menyalahi undang-undang terutama bom ikan dan ‘cynide’.

Zainuddin turut mencadangkan agar Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mengadakan operasi khas untuk memburu bot hantu dan pendatang asing yang diambil bekerja sebagai nelayan.

“Sindiket ini diketuai Ah Cai dengan kerjasama beberapa pegawai Imigresen dan dijual dengan harga RM1,200 hingga RM2,000 atau bayaran ansuran sebanyak RM250 sebulan,” ujar Zainuddin yang menunjukkan resit bayaran RM90 palsu.

Adalah lebih berhemat kata Zainuddin, jika seorang Pegawai Imigresen Tinggi yang bernama Rosman Rayman tampil membuat laporan polis kerana semua IMM13 berkenaan ditandatangani beliau dengan tulisan jawi.

.....Bersambung ke Episod III

EPISOD I

32 ulasan:

  1. Refugees are temporarily living in our country while their country is unsafe to be inhabited. Therefore IMM13 holders are not considered as citizens and have no rights to vote.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi masalahnya mereka sudah berpuluh2 tahun berada di kem pelarian dan negara asal mereka sudah pulih tapi mereka ni masih belum lagi dihantar balik. sampai bila mereka berada di kem pelarian? kerajaan pun sudah membelanjakan begitu banyak wang untuk menampung mereka ni.

      Padam
  2. Sekiranya orang tu layak menerima PR atau IMM13 maka pembangkang tidak perlulah memutar belitkan keadaaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bah. Kalau layak then bagilah. Kalau tidak jangan.

      Padam
    2. Saya rasa lebih baik perketatkan syarat untuk mereka mendapatkan apa2 status untuk terus tinggal di negara ni.

      Padam
  3. Keadaan Sabah sekarang ini amat memerlukan pelaksanaan segera RCI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi hairan, macam masih belum ada khabar berita lagi tentang penubuhan RCI ni.

      Padam
    2. RCI pasti akan dilaksanakan tak lama lagi.

      Padam
    3. The government will have no choice but to set up RCI due to how serious the illegal immigrants issue has become in sabah.

      Padam
    4. Yakin saja..RCI pasti akan ditubuhkan dalam masa terdekat ni, selewat2nya sebelum PRU dijalankan.

      Padam
  4. Harap kerajaan dapat mempertimbangkan sebaik mungkin penubuhan RCI.

    BalasPadam
  5. Ada juga kebaikan pembangkang timbulkan isu ini. At least semua pihak pun hati-hati lah juga takut kantoi:P hehe

    BalasPadam
  6. Pastikan hal ini diberi perhatian sewajarnya bagi menegelakkan sebarang hal yang tidak diingini berlaku.

    BalasPadam
  7. Jika begitu kata Nazri. Sekarng kerajaan Negeri mahukan RCI? Jadi apa keputusan dari kerajaan persekutuan mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  8. Mengenai projek IC rasanya semua pihak perlulah bersatu untuk menyelesaikannya dan bukannya kita menunding kepihak lain. Ini tidak ada penyelesaian sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..lebih baik sumbangkan idea dan pandangan dalam menyelesaikan isu mengenai PATI ni.

      Padam
  9. jika kerajaan negeri mempunyai kuasa menyelesaikan masalah2 imigresen di Sabah, sudah lama masalah ini dapat diselesaikan.. mungkin sebelum era Musa Aman lagi masalah ini telah dapat diselesaikan..

    BalasPadam
  10. There is a need to set in place additional precautionary measures to prevent immigrants from taking advantage of the ongoing National Registration Department’s (NRD) mobile registration drives to acquire Malaysian citizenship.

    BalasPadam
  11. Parti Bersatu Sabah (PBS) vice president Datuk Radin Malleh who suggested this, said although certain mechanisms were already in place, the NRD still needs to be extra careful to ensure that illegal immigrants are not mistakenly registered as locals and given Malaysian birth certificates and identity cards (ICs). “We ask the relevant authorities to be extra careful in registering the birth certificates and identity documents, so that they do not fall into the wrong hands especially illegal immigrants, as this could jeapordise the country’s sovereignty and future,” he said.

    BalasPadam
  12. Radin who is also Assistant Minister in the Chief Minister’s Department said the mobile registration was one of the government’s way to help the people, but to a certain extent, there might be a hint of truth to the association’s claims.

    BalasPadam
  13. He added that there were rules in place under the Federal Constitution for foreigners to get their citizenship and NRD must ensure that everyone abides by this.“If there is any truth that these immigrants are able to get the Malaysian identity cards and claim their citizenship that way, to me personally, it is not the right way. “We hope with the high-tech mechanisms that they mentioned, NRD will be able to properly screen them.”

    BalasPadam
  14. He noted that amongst the requirements of the Federal Constitution, one must reside in this country for a certain period of time, be fluent in the Malay language and the cultures of the country and take an oath before they can be granted citizenship, not simply impersonating as a local.

    BalasPadam
  15. Although llegal immigrants may try, mechanisms are in place to ensure they do not get registered for birth certificates or ICs at mobile registration drives carried out by the National Registration Department (NRD) in rural areas.

    BalasPadam
  16. It is impossible for them to get Malaysian birth certificates and citizenship, said NRD Director, Ismail Ahmad. "We are actually trying to help Malaysians, especially those in the interior whose children are without or with late-registration birth certificate and ICs," he said "It might be true that a lot of them (illegals) come and wait with all the rest of the eligible people. But he might not know that their journey is only up to there, standing and waiting because they won't be entertained.
    "For legal foreigners, we will issue a red birth certificate to the children whose parent, either the mother or father is a Malaysian.

    BalasPadam
  17. For locals who have no documents due to factors such as lack of awareness and living too far from the city, we will issue a green birth certificate (original Malaysian birth certificate). "We issue these documents to legal foreigners so that they can go to their embassy or consulate to get their passports done, whereas for our locals, we have to help them get their identification documents done so that they can go to school and so on," Ismail said.

    BalasPadam
  18. He said that since the programme started on Feb. 20, he said a total of 3,067 Malaysians were found to be without birth certificates.A total of 193 children had court endorsement to get ICs while 731 of them are still without the court's endorsement.

    BalasPadam
  19. He said the outreach programme currently being held in Semporna to register locals without valid identification documents, is meant to help the locals.

    BalasPadam
  20. He pointed out that before a programme is held, the NRD would first have a meeting with the District Officer and all community leaders of an area, then give them the family information form to be distributed to those applying for documentation.
    "After that, all the forms will be sent to the NRD to be screened to verify whether those in the list are genuinely Malaysian, before putting the list out and calling the people involved to come and register after a couple of days," Ismail said. It is only after screening that the department would set a date to conduct the mobile registration programme to the said village, he said.

    BalasPadam
  21. He said representatives from the Immigration Department, special branch, court, Election Commission, and Malaysian Anti Corruption Commission among others will also be present then. "This shows just how strict we are in issuing documents to the people. If there really are suspicious cases and people trying to crawl their way into getting a citizenship, Ismail said they would straightaway refer the cases to the police (special branch) before proceeding further. "For example, there were one or two cases in Sandakan recently, where the village head was trying to support the application of illegals to be registered to obtain Malaysian documents. They were caught and convicted," he revealed.

    BalasPadam
  22. Further on, he said among those, who the NRD strictly do not entertain, are the palaau or sea gypsies. "These people live without documents, and we cannot do anything about it.,Apart from that, those found to be illegal immigrants trying to get citizenship or identification documents also will not be entertained," he said. "Only genuine locals or those born here, with one of their parents being a Malaysian will be entertained, but we still differentiate them using red (query certificate)," Ismail stressed.

    BalasPadam
  23. Meanwhile, he explained that some of the reasons behind some people not having any valid documents are due to logistics. "Some of them have to spend an amount of money and time and they just don't feel like doing it. Some may think it's not important while some may feel that it would be troublesome because their father has more than one wife, and things just become more complicated. "Some do not want to go through all the hassle of having to go to relevant agencies and departments because they might have got married kampung style, and so on," he pointed out.

    BalasPadam
  24. Klu da layak bagi je la...yg penting ikut segala undang2 yg ada dlm malaysia ni, dunia hanya pinjaman, jgn je bagi kat org yg baru dtg sehari n ckp melayu tak betul sdh lerrr...

    BalasPadam