Jumaat, Mac 30, 2012

AWAS IKAN BOM DI PASARAN!

AWAS IKAN BOM DI PASARAN!

image

Oleh : JESMIND RANGILIN

SEJAK akhir-akhir ini, kita selalu terbaca dalam kolum akhbar-akhbar tempatan mengenai aduan awam, adanya aktiviti terlarang seperti kegiatan mengebom ikan di perairan Sabah.

Kes-kes tangkapan yang dibuat oleh Agensi Penguatkuasa di Sabah berkenaan kesalahan memiliki ikan yang tangkap menggunakan bahan terlarang bom ikan yang terbaru ini di daerah Semporna dan dua hari lepas di Kota Kinabalu hasil maklumat orang awam.

Dalam usaha membasmi kegiatan mengebom ikan ini, aktiviti kempen kesedaran kepada orang ramai telah mula dilancarkan di daerah Pitas pada 03 Mac, 2012 dan akan diteruskan ke daerah-daerah pantai Timur seperti Semporna dan Kunak.

Kempen Anti Penggunaan Bom Ikan ini objektifnya adalah meningkatkan kesedaran orang awam tentang bahaya dan keburukan penggunaan bahan letupan untuk menangkap ikan kepada sumber semulajadi dan bahaya kepada keselamatan diri sendiri.

image Rencana kali ini memfokuskan kepada pengenalan kepada spesis-spesis ikan yang ditangkap menggunakan terlarang bom ikan serta ciri-ciri luaran dan dalam ikan yang disyaki di tangkap menggunakan bahan letupan.

Spesis-spesis ikan yang sering dibom dan berada dalam pasaran ialah seperti Ikan Sulig, Ikan Anjang-Anjang, Ikan Putih, Ikan Merah, Ikan Batu, Ikan Belais (sekadar menyebut spesis ikan yang menjadi sasaran popular yang dikenalpasti selalu ditangkap menggunakan bahan terlarang bom ikan).

Berikut ialah ciri-ciri ikan yang ditangkap dengan bom ikan;

Ciri-ciri Fizikal

  • -Sebahagian badan hancur
  • -Badan kelihatan lambik dan bengkak
  • -Tanda cairan darah di bahagian sebelah bawah sirip sekitar perut dan sepanjang badan.

Ciri-Ciri dalaman

  • -Tulang belakang hancur
  • -Bahagian tulang rusuk hancur bagi ikan kecil
  • -Bahagian usus hancur
  • -Pecah pada bahagian salurnadi
  • -Buah pinggang pecah
  • -Pundi udara rosak
  • -Pendarahan di sekitar bulatan mata
  • -Darah mengalir dari penutup insang

Kita berharap dengan pendedahan ciri-ciri fizikal dan dalaman serta spesis-spesis ikan yang menjadi sasaran popular oleh para penjenayah sumber marin dan alam sekitar ini para pengguna dan orang ramai mendapat gambaran sebenar bila berada pasar ikan untuk membeli keperluan makanan basah seperti ikan, kesan sampingan kalau dimakan; kualiti protein yang rendah (hancur) dan boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan orang dewasa (perubahan genetik atas perubahan tekanan).

14 ulasan:

  1. Pembeli haruslah berhati-hati semasa membeli ikan, mengelakkan pembelian ikan yang dibom kerana kita perlulah memberhentikan perbuatan haram ini. Penggunaan Bom ikan bukan sahaja akan membahayakan nyawa orang, menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan mungkin membahayakan kesihatan pengguna jika dimakan.

    BalasPadam
  2. Pihak polis perlulah lebih tegas memantau aktiviti bom ikan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat supaya boleh mengurangkan aktiviti ini secara berkesan. Jika tiada tindakan yang diambil, mereka tidak akan menghiraukan peraturan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aktiviti ini harus diambil tindakan yang wajar untuk menghentikan aktiviti sebegini.

      Padam
  3. Dengan ciri2 yang dinyatakan, saya pasti pembeli kini dapat membezakan antara ikan yang ditangkap secara haram dan tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika permintaan ikan bom kurang, pasti golongan ini akan menghentikan aktiviti tersebut. Pembeli juga memainkan peranan juga.

      Padam
    2. Jangan tersalah beli ikan.

      Padam
  4. Antara kesan kegiatan mengebom ikan termasuklah memusnahkan terumbu karang yang menjadi tempat pembiakan dan tumbuhbesar hidupan akuatik, memusnahkan sumber perikanan, menjejaskan hasil tangkapan nelayan, memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna dalam jangkamasa panjang, menjejaskan aktiviti pelancongan dan mengancam keselamatan di pelantar minyak termasuk kerja-kerja penyelaman.

    BalasPadam
  5. kita perlu berhati hati semasa membeli ikan, periksa ikan dgn teliti dan pastikan tidak terbeli ikan yang di bom.

    BalasPadam
  6. Aktiviti ikan bom menjejas kestabilan ekosistem laut. Harus dibanteras.

    BalasPadam
  7. Pihak berkuasa harus memantau dan mengambil tindakan.

    BalasPadam
  8. Ketatkan undang-undang untuk menyekat aktiviti sebegini.

    BalasPadam
  9. Penjual2 ikan bom hanya memikirkn keuntungan mereka saja.

    BalasPadam
  10. Mari kenali ikan-ikan yang dibom atau yang ditangkap terus.

    BalasPadam
  11. banyakkan lagi pendedahan dan dalam masa yang sama badan penguatkuasa perlu kerap mengadakan pemeriksaan ke semua pasar ikan dan ambil tindakan terhadap mana2 pihak yang enggan mematuhi peraturan..

    BalasPadam