Jumaat, Mac 30, 2012

69 PEKERJA ASING DIBERKAS IMIGRESEN

69 pekerja asing diberkas Imigresen

MOHAMMAD MENTEK (kanan) memeriksa salah satu dokumen milik seorang pekerja asing dalam serbuan itu kelmarin.

KOTA KINABALU March 30, 2012: Seramai 69 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di kawasan tapak pembinaan ditahan Jabatan Imigresen dalam dua serbuan berasingan di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek, berkata serbuan yang dibuat kira-kira jam 10 pagi itu dilakukan di dua lokasi tapak pembinaan iaitu di Jalan Kelombong dan Kampung Gudon di sini.

“Dalam serbuan pertama di kawasan tapak pembinaan di Jalan Kolombong, seramai 40 Pati yang terdiri daripada 20 lelaki, (9) wanita dan (11) kanak-kanak dan dipercayai daripada negara Filipina dan Indonesia ditahan.

“Terdapat beberapa pekerja yang cuba melarikan diri dan bersembunyi ketika serbuan dibuat, namun usaha mereka gagal apabila berjaya diberkas oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Imigresen,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian kelmarin.

Mohammad Mentek berkata, dalam serbuan kedua, di kawasan tapak perumahan Kampung Gudon, seramai 29 Pati ditahan daripada negara Filipina dan Indonesia atas pelbagai kesalahan mengikut peraturan Jabatan Imigresen.

“Daripada jumlah itu, seramai 21 lelaki berjaya diberkas, manakala seramai empat wanita dan empat kanak-kanak ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut peraturan Jabatan Imigresen.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati tapak perumahan ini sudah pernah diserbu sebelum ini, namun berdasarkan maklumat bahawa sering kawasan perumahan itu sering dimasuki pencuri disebabkan kehadiran Pati di tapak perumahan terbabit, dan pihak kami membuat pemantauan sebelum bertindak menyerbu kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan dua serbuan ini, sebanyak 120 individu diperiksa dan hasilnya berjaya menahan seramai 69 Pati atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah, dokumen tamat tempoh dan menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja.

“Semua mereka yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Kota Kinabalu untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Sementrara di Papar untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

“Sehubungan dengan itu, pihaknya berterima kasih kepada orang awam kerana sentiasa memberi kerjasama dengan Jabatan Imigrsen Sabah dalam usaha mengekang kemasukan Pati di negeri ini,” katanya.

32 ulasan:

  1. Majikan tidak seharusnya mengaji warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah ataupun permit kerja. Ini akan menyusahkan diri sendiri dan juga syarikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana2 majikan yang mengaji PATI untuk bekerja haruslah dikenakan denda yang tinggi agar menjadi pengajaran kepada majikan2 lain..

      Padam
    2. Pihak majikan sebenarnya hanya memikirkan tentang keuntungan tanpa memikirkan akibat mengambil PATI sebagai pekerja.

      Padam
    3. Majikan yang melanggar undang2 harus di kenakan tindakan yang tegas agar hal sebegini tidak berulalng lagi.

      Padam
    4. Majikan sepatutnya lebih mengutamakn warga tempatan. lebih selamat.

      Padam
  2. Diharapkan Jabatan Imigresen akan berusaha membuat pemantauan untuk mengurangkan PATI dan Pekerja Asing tidak sah di negeri kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. usaha yang berterusan dari jabatan imegresen dan agensi penguatkuasaan lain adalah perlu untuk membanteras kemasukan PATI ke negeri ini..

      Padam
    2. Jabatan imegresen harus selalu turun padang untuk memantau semua tapak2 pembinaan agar masalah PATI dapat di kurangkan.

      Padam
    3. Kerapkan operasi seperti tu.

      Padam
  3. kerjasama dari semua pihak khasnya daripada masyarakat adalah perlu untuk memastikan program2 pembanterasan kemasukan PATI ke negeri ini dapat dilaksanakan dengan berkesan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika disiasat pasti ramai rakyat tempatan yang didapati melindungi PATI malah memudahkan kemasukan PATI dengan memberikan dokumen2 palsu.

      Padam
  4. Majikan yang mahu mengambil pekerja warga asing perlulah mendapatkan Lesen Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Ikuti syarat2 yang dinyatakan.

    BalasPadam
  5. majikan juga perlu dikenakan tindakan kerana mengambil pekerja asing secara haram.

    BalasPadam
  6. program 5P telah dijalanlan untuk membanteras PATI dan tidak lama lagi RCI akan ditubuhkan, moga isu PATI dpt diselesaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5P & 6P keep postpone, its like the government not sincere to resolve the issue.

      Padam
  7. kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

    BalasPadam
  8. buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri/pusat benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI di Sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Projek IC and undian hantu adalah ancaman yang paling besar bagi politik negara.

      Padam
  9. janganlah sampai isu2 di atas tidak dapat dikawal barulah kerajaan kelam-kabut hendak bertindak

    BalasPadam
  10. sudah pasti, masalah lain akan timbul dan berturutan seperti masalah sosio-ekonomi di negeri ini

    BalasPadam
  11. Memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera.

    BalasPadam
  12. PATI menjejas perkembangan ekonomi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kedatangan PATI sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi Negeri Sabah.

      Padam
  13. Golongan ini mengancam ketenteraman negeri Sabah.

    BalasPadam
  14. RCI harus ditubuhkan untuk mengenalpasti masalah.

    BalasPadam
  15. Tindakan majjikan mengambil pekerja asing di sebabkan gaji mereka lebih murah berbanding rakyat tempatan.

    BalasPadam
  16. Tahniah kepada pihak Imigresen atas penangkapan tersebut.

    BalasPadam
  17. Maka pengawalan kemasukkan warga asing perlu diperketatkan lagi bagi mengelak kehadiran mereka ini semakin bertambah.

    BalasPadam
  18. bgus..perbanyakkan lagi operasi untuk membanteras pati.

    BalasPadam
  19. majikan yang didapati bersalah menggaji pati juga harus dihukum.

    BalasPadam
  20. itu baru kawasan tapak pembinaan, belum lagi kawasan perladangan.. saya harap operasi seperti ini diteruskan setiap hari sehingga ada perubahan ketara terhadap jumlah PATI di negeri ini.. syabas!

    BalasPadam