Akibat cemburu, lelaki mati ditikam
SEMPORNA Mac 25, 2012: Seorang lelaki tempatan mati selepas ditikam seorang lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Inabah Kamal di sini Jumaat lepas dipercayai akibat perasaan cemburu suspek terhadap mangsa yang menjalinkan hubungan dengan bekas isterinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.00 petang itu, mangsa Azman Kadir, 41, disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau pada jam 9.58 malam hari yang sama akibat kecederaan pada bahagian badan.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek yang berumur 41 tahun terbabit cemburu kerana mensyaki bekas isterinya ada menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa.
Akibat terlalu cemburu, suspek telah pergi ke rumah mangsa lalu berlaku pergelutan dan akhirnya mangsa ditikam menggunakan senjata tajam dipercayai di bahagian perut.
Selepas kejadian itu, suspek difahamkan terus melarikan diri manakala mangsa yang tidak sedarkan diri akibat ditikam terus dikejarkan ke hospital oleh jirannya.
Bagaimanapun, mangsa yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tawau.
Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintendan Asisten Superintendan Zairolnizal Ishak ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya kini masih menjalankan siasatan.
“Polis juga kini sedang giat mengesan seorang lelaki warga asing berumur 41 tahun untuk membantu siasatan berhubung kes ini.
“Lelaki terbabit dikenali sebagai Asbi b. Ogo dan berdasarkan siasatan, alamat terakhir lelaki terbabit ialah di Kampung Batu, Semporna,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan agar tampil membantu polis dalam siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
The presence of foreigners in our state has been causing many problems to the locals. Hope that the suspect will be arrested by the police soon.
BalasPadamMemang ba dasar PATI, memang selalu buat kacau. Suka2 hati tikam orang. mudah2an ditangkap dan menerima habuan setimpal.
BalasPadamDiharap polis berjaya menangkap penjenayah itu.
BalasPadamPATI mmg suka melakukan kekerasan..
BalasPadamJadi orang ramai perlu membantu memberikan maklumat kepada pihak polis. Jangan biarkan suspek ini terlepas begitu. Jika boleh berikan gambar suspek supaya mudah orang ramai mengenal pasti.
BalasPadamapa lagi mahu cemburu kalau sudah jadi bekas isteri.. tidak ada apa2 kaitan sudah ba.. bunuh membunuh tidak akan selesaikan masalah.. saya harap, lelaki ini diberkas secepat mungkin sebelum dia berjaya keluar dari negeri ini balik ke negara asal..
BalasPadam