Khamis, Disember 08, 2011

PENJELASAN PROSEDUR & STATUS KETUA KELUARGA LAYAK TERIMA RM500 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M

Kementerian Kewangan perjelas status ketua keluarga layak terima BR1M

8th Dec 2011 : KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan kemlarin menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumahRM3,000 dan ke bawah.

“Ini merangkumi

  • individu yang berkahwin;
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara,”

kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,

  • setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.
  • “Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang,”

katanya dan menekankan

  • “hanya ketua isi rumah sahaja yang layak untuk memohon.”
  • Kementerian Kewangan telah membuka Bilik Gerakan untuk operasi Talian Hotline BR1M 1-800-222-500 bermula hari ini bagi memudahkan orang ramai mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan BR1M.

Talian Hotline ini beroperasi setiap hari bekerja, mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Dis ini hingga 10 Jan, 2012.

  • Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar-akhbar tempatan, katanya.
  • Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji (jika berkenaan) dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Kementerian juga akan membuka pendaftaran di

  • sekolah-sekolah terpilih,
  • dewan-dewan komuniti serta
  • dewan-dewan orang ramai yang berdekatan,

dengan dibantu oleh petugas sambilan bagi mempastikan kelancaran proses pendaftaran.

Untuk tujuan ini, kerajaan melantik seramai 2,000 petugas sambilan bagi membantu dalam urusan pendaftaran permohonan di seluruh negara.

  • Pemohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

13 ulasan:

  1. Harap pemohon-pemohan akan memahami prosedur dan status bila hendak membuat pemohonan bantuan kewangan.

    BalasPadam
  2. Semoga mereka yang layak dan memerlukan bantuan tersebut akan diluluskan, ini boleh mengurangkan bebanan mereka.

    BalasPadam
  3. para pemohon perlu tahu dan memahami prosedur permohonan agar tidak timbul masalah semasa membuat permohonan.

    BalasPadam
  4. bagi sesiapa yang layak memohon perlu membuat permohonan segera.

    BalasPadam
  5. mereka yang layaak bolehlah membuat permohonan bermula daripada tarikh yang ditetapkan.

    BalasPadam
  6. harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan semua yang layak akan mendapat bantuan tersebut.

    BalasPadam
  7. berikan maklumat yang tepat semasa memohon bantuan..

    BalasPadam
  8. saya harap bantuan kerajaan kali ini tidak dicemari dengan sebarang bentuk penipuan, penyelewengan atau tidak jujur terutamanya dikalangan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini..

    BalasPadam
  9. Harap yang benar2 layak saja yang dapat.

    BalasPadam
  10. sebarkanlah kepada penduduk2 yang tinggal di pedalaman.

    BalasPadam
  11. kalau tidak diteliti dengan baik, pasti ada juga yang beri maklumat palsu ni. jadi sesuailah ada cop dan pengesahan dari JKKK. tapi JKKK janganlah pula bersubahat.

    BalasPadam
  12. Harap mereka yang berkelayakan tidak akan tercicir..

    BalasPadam
  13. Jelaskan lebih terperinci mengenai syarat kepada mereka yang layak mendapat bantuan ini.

    BalasPadam