Bina pesawat angkasa lepas di belakang rumah
BEBERAPA pekerja menyiapkan sebuah pesawat African Skyhawk di belakang rumah ibu Chris Nsamba di Ntinda pada 11 November lalu.
NTINDA, Uganda - Pengasas Program Penyelidikan Angkasa Lepas Afrika, Chris Nsamba dianggap gila oleh sejumlah orang kerana dia mahu mengendalikan projek untuk menghantar rakyat Uganda ke angkasa lepas.
Dia yang merupakan seorang jurutera aeronautik akan melancarkan sebuah pesawat ke angkasa lepas dari pekarangan belakang rumah ibunya di sini.
Nsamba menyasarkan penerbangan angkasa lepas itu pada dekad akan datang dengan menggunakan sebuah pesawat African Skyhawk yang dalam pembinaan.
Pesawat itu dibina dengan menggunakan beberapa pekerja sukarela di pekarangan belakang rumah ibunya.
----------
Betulkah benda ini boleh sampai ke angkasa lepas? Kita cuma boleh tunggu dan lihat.
BalasPadamSiapa tahu mereka betul-betul boleh mencapai hasrat mereka itu.
BalasPadambaru tengok fizikal itu pesawat, sudah hilang confident saya mau naik..
BalasPadamwalaupun niat dia dianggap gila, tapi mana tau nnti dia dia berjaya dan membuat kejutan.
BalasPadammemang bercita-cita tinggi.mungkin juga mereka akan gagal dan mungkin juga akan berjaya..siapa tahu....
BalasPadammacam bukan pesawat angkasa lepas ja. boleh terbang ka juga ni??
BalasPadamMemang mempunyai wawasan yang tinggi.. Semoga berjaya..
BalasPadam