Rabu, Disember 07, 2011

KUOTA MENDAKI GUNUNG KINABALU UNTUK KOMUNITI TEMPATAN BERBAKI 25%

Kuota mendaki tempatan berbaki 25 peratus

KUNDASANG Dec 5, 2011: Rakyat Sabah yang berhasrat mendaki Gunung Kinabalu namun berhadapan kekangan kewangan dinasihatkan agar menggunakan pakej pendaki tempatan yang sememangnya lebih murah.

Berbanding pakej biasa berharga lebih RM300, pakej pendaki tempatan memerlukan pendaki membayar hanya RM7 untuk insurans, RM80 bagi penginapan dan makan minum serta RM30 untuk permit mendaki.

Menurut Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Patrick Jilan secara purata terdapat kira-kira 25 peratus pakej pendaki tempatan yang berbaki atau belum ditempah setiap bulan.

Katanya, penduduk tempatan terutamanya yang berada di sekitar kawasan Gunung Kinabalu menggunakan peluang dari pengujudan pakej ini untuk merasai pengalaman mendaki Gunung Kinabalu.

“Pihak Taman amat berharap agar komuniti tempatan menggunakan peluang yang ditawarkan ini, terutamanya dari kalangan anak-anak komuniti,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Hari Komuniti Taman Kinabalu, di sini, kelmarin.

Ketika ini, pakej untuk pendaki tempatan adalah sebanyak 25 pendaki sehari.

Dalam pada itu, beliau berkata bilangan pelancong dan pendaki yang semakin bertambah menyebabkan berlakunya permintaan tinggi terhadap khidmat malim gunung dan porter.

“Bagaimanapun, perkhidmatan malim gunung dan porter berkualiti sangat diperlukan terutamanya dari aspek penguasaan bahasa Inggeris, pematuhan tanggungjawab dan penyampaian maklumat yang tepat,” katanya.

Di samping itu, Patrick berkata penglibatan komuniti juga amat diperlukan dalam pembangunan fizikal dan aktiiti-aktiviti komuniti di sekitar Taman Kinabalu yang disifatkan memerlukan perancangan pengurusan yang lebih teliti dan sistematik.

“Pada masa sama, sekiranya Koridor Hidupan Liar atau EcoLink yang menghubungkan Taman Kinabalu-Banjaran Crocker dapat dilaksanakan kelak, inisiatif ini akan memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk mengurus kawasan hutan dengan bantuan agensi kerajaan yang lain,” katanya.

Berkenaan dengan Hari Komuniti, katanya, terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan selepas penganjuran Ekspo Biodiversiti Taman Kinabalu pada tahun lalu.

Beliau turut melahirkan harapan agar penganjuran Hari Komuniti selepas ini akan dianjurkan sepenuhnya oleh komuniti sekitar Taman Kinabalu, tanpa melibatkan Taman-Taman Sabah sebagai pengerusi bersama.

Seramai 3,600 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Komuniti Taman Kinabalu kali pertama ini.

Hari Komuniti mendapat sokongan penuh daripada agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang berkaitan, Global Diversity Foundation, Sutera Sanctuary Lodge (SSL), Mountain Torq, Koperasi Kakitangan Taman-Taman Sabah (Koktas) dan beberapa individu.

16 ulasan:

  1. Rakyat tempatan perlulah diberikan pakej yang lebih murah, barulah adil.

    BalasPadam
  2. pakej tersebut lebih murah, sesiapa yang ingin mendaki kena gunakan kesempatan tersebut.

    BalasPadam
  3. mgki masih ramai yang tidak mengetahui mengenai pakej tersebut, oleh itu, adalah wajar jika info mengenai pakej tersebut disebarkan.

    BalasPadam
  4. saya baru tahu adanya pakej seperti ini.. mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu..

    BalasPadam
  5. Pakej untuk pendaki tempatan haruslah berpatutan.

    BalasPadam
  6. Gunung Kinabalu adalah tarikan utama pelancong. Kemudahan asas kena sentiasa berada di tahap yang baik dan perkhidmatan yang diberikan haruslah berkualiti. Pakej2 yang ditawarkan juga perlu menarik dan mampu dibeli oleh pendaki.

    BalasPadam
  7. siapa yang bercadang untuk mendaki ambillah peluang ini.

    BalasPadam
  8. pakej ini murah dan peluang harus diambil untuk mendaki gunung Kinabalu.

    BalasPadam
  9. wah! bagus ni..macam mau mendaki gunung Kinabalu lagi ni. mungkin tahun depan kalau ada masa.

    BalasPadam
  10. Yang memang orang tempatan Sabah mesti jangan lepas peluang sebab saya tau masih ramai lagi yang belum mendaki tapi pergi luar negeri sudah pergi pula.

    BalasPadam
  11. Jom ramai-ramai mendaki gunung khas untuk orang tempatan Sabah sajalah..

    BalasPadam
  12. Kalau dilihat harga lebih murah berbanding dengan harga ditawarkan kepada pelancong luar.

    BalasPadam
  13. boleh tau siapa yg harus saya hubungi utk mau dpt ni pakej?? mungkin mau naik ni dlm bulan ogos..

    BalasPadam
  14. boleh saya tahu brapa jumlah harga bagi 4org pelajar sabahan,3org dewasa sabahan, 1org dewasa semenanjung tapi khawin sabahan..

    BalasPadam
  15. http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/destination/124/

    BalasPadam
  16. wah... ini info yg sangat bagus. keistemewaan untuk pengunjung tempatan tidak harus dilepaskan. Saya nk mendaki jugak la...

    BalasPadam