MCCBCHST: Daftar dan undi dalam pilihan raya atau jangan rungut
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Jika anda tidak mendaftar sebagai pemilih dan kemudiannya mengundi, anda tidak mempunyai hak untuk merungut mengenai dasar dan keputusan kerajaan yang didakwa tidak menjaga kepentingan rakyat, kata Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST).
Badan mewakili agama-agama bukan Islam ini menambah, kegagalan seseorang menyertai pilihan raya sama dengan tindakan mereka tidak kisah dengan perjalanan negara.
“Jika anda tidak kisah, apa hak anda untuk mengadu apabila berlakunya sesuatu yang anda tidak suka?” kata presiden MCCBCHST Daozhang Tan Hoe Chieow pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, ketika pilihan raya umum 2008, daripada seramai 15 juta orang yang layak, hanya lapan juta mengundi.
Ketika itu seramai 11 juta orang telah mendaftar sebagai pengundi.
“Tujuh juta (pengundi) hilang,” kata beliau.
Tan berkata majlis itu sedang merancang untuk mengadakan kempen mendaftar pengundi peringkat kebangsaan pada 11 Disember ini, di rumah-rumah ibadat di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan.
“Daripada perangkaan sahaja, kita tahu bahawa ada 4.384 juta mereka yang layak belum mendaftar.
“Kami berharap kita boleh memilih sebuah kerajaan yang bersih dan telus serta berpusatkan (kepentingan) rakyat, sebuah kerajaan yang boleh meneruskan kemakmuran, kestabilan dan keharmonian ini,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau menafikan bahawa usaha mereka bersifat politik, sebaliknya menjelaskan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan mempunyai tanggungjawab bagi memastikan setiap orang yang layak mendaftar sebagai pengundi.
“Ini bukan politik. Ia berkenaan dengan kesedaran,” katanya.
Harap semua rakyat yang layak akan mendaftar menjadi pengundi sebelum PRU-13 diadakan.
BalasPadamJangan sia-siakan hak kita sebagai rakyat, inilah peluang untuk memilih kerajaan yang paling sesuai.
BalasPadamWell said!! But the election too must be clean and fairer.
BalasPadamTingkatkan kesedaran diri masing2 dan bertindaklah. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.
BalasPadamdalam ramai2 yang tidak mendaftar itu, mustahil jika tidak ada antara mereka yang merungut terhadap pentadbiran kerajaan yang ada sekarang.. jadi tepat la saranan ini ditujukan kepada mereka yang belum mendaftar..
BalasPadamrasanya masalah ini tidak akan timbul jika pendaftaran secara automatik dilaksanakan.. namun terpulanglah kepada kerajaan bagaimana mereka menyelesaikan masalah pengundi yang belum mendaftar..
BalasPadamya.. ramai yang layak mengundi tapi tidak ingin mendafar sebagai pengundi, tapi mereka pula yang byk merungut.
BalasPadammereka tak harus merungut sahaja, sebaiknya gunakan hak2 mereka sebagai rakyat untuk mengundi dan memilih pemimpin yang disukai.
BalasPadamkepada yang layak, tapi belum berdaftar silalah mendaftar.
BalasPadamkesedaran untuk mendaftar dan mengundi perlulah ada dalam setiap orang kerana itu adalah tanggungjawab anda.
BalasPadamJadilah rakyat yang bertanggungjawab. memang ada hak dan kebebasan bersuara tapi ada batasnya juga.
BalasPadamkadang2 ada rakyat yang malas mahu berurusan untuk mendaftar sebagai pengundi. kalau secara on line pasti ramai antara golongan belia yang 21 tahun ke atas ini akan segera mendaftarkan diri.
BalasPadamMaka kepada yang sudah sampai umur mengundi daftarkan sebagai seorang pengundi kerana ini adalah tanggungjawab kita.
BalasPadamTunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.
BalasPadam