Wanita PBS mahu universiti perubatan dibina di Sabah
KOTA KINABALU 29 Okt. – Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) mencadangkan supaya kerajaan Pusat membina sebuah universiti perubatan di Sabah.
Ketika membuat gesaan itu, ketuanya, Datuk Jamilah Sulaiman berkata, universiti itu diyakini akan dapat melahirkan doktor, pegawai perubatan dan jururawat terlatih.
“Para pelajar kelahiran universiti itu mesti disyaratkan untuk berkhidmat di Sabah sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mereka dibebaskan bekerja di tempat lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Wanita PBS, di Dewan KDCA, Penampang hari ini.
Persidangan yang diadakan serentak dengan persidangan perwakilan Pemuda PBS itu dirasmikan oleh Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Jamilah berkata, kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan di setiap daerah di Sabah merupakan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.
“Kekurangan ini telah menyebabkan pesakit yang memerlukan rawatan khas terpaksa dihantar ke Kota Kinabalu. Situasi ini bukan sahaja menyusahkan pesakit yang terpaksa melalui perjalanan yang jauh tetapi juga menyusahkan keluarga pesakit,” katanya.
cadangan yang baik dan harap ianya akan dipertimbangkan..
BalasPadamharap kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan di daerah-daerah di Sabah akan dapat diatasi...
BalasPadamSabah antara negeri yang mempunyai jumlah hospital paling banyak di negara ini, tapi paling banyak kekurangan.. saya harap kerajaan ambil perhatian dengan setiap isu yang dibangkitkan berkenaan dengan institusi kedihatan di negeri ini..
BalasPadamselain memberi fokus kepada kekurangan doktor, berikan juga fokus terhadap kekurangan kelengkapan bagi tujuan perubatan.. kadang2 ada pesakit di negeri ini yang terpaksa mendapatkan rawatan di sarawak atau Semenanjung..
BalasPadamAda banyak kolej perubatan di Sabah, di UMS juga ada sekolah perbatan...
BalasPadamKalau ianya membawa kebaikan, rasanya cadangan ini patut diterima.
BalasPadamBagus lagi mencadangkan menaik taraf sekolah2 yang sudah sedia ada.
BalasPadamSelain itu, kemudahan2 dan peralatan perubatan di hospital pun kena perbaiki. Kalau boleh kemajun perubatan di Sabah biarlah selari dengan yang di semenanjung juga.
BalasPadamcadangan ini boleh dipertimbangkan walaupun kini dah byk kolej2 perubatan ditubuhkan.
BalasPadamharap dgn ini, masalah kekurangan pegawai perubatan dan doktor dpt diatasi.
BalasPadamThis is a good idea, Sabah shoud have a medical university to train and produce qualified doctors to fulfill the needs of local hospitals.
BalasPadamrasanya kolej perubatan memang banyak di Sabah ni tapi Universiti Perubatan masih belum ada lagi.
BalasPadambaguslah..tidak perlu lagi orang2 Sabah ni pergi luar negeri atau negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. harap lebih banyak graduan perubatan yang dapat dilahirkan di Sabah ini dan seterusnya berkhidmat untuk negeri Sabah sendiri.
BalasPadamUniversiti perubatan untuk Sabah? Satu cadangan yang baik. Tapi mungkin kita tidak terlalu mengharap.
BalasPadamIni akan dapat mengeluarkan Doktor Pakar dari Sabah nanti. Kos pendidikan pun akan berkurangan berbanding terpaksa keluar dari Sabah sendiri.
BalasPadam