gh
Rakan Facebook gambaran saiz otak?
LONDON 19 Okt. - Saintis mendapati jumlah rakan di dalam Facebook mempunyai kaitan secara langsung dengan saiz otak seseorang itu, sekali gus meningkatkan kemungkinan menggunakan rangkaian sosial di dalam talian boleh merubah otak.
Empat bahagian otak itu adalah yang berperanan untuk mengingat, memberi reaksi emosional dan interaksi sosial, menurut penyelidikan yang diterbitkan di jurnal Proceedings of the Royal Society B, hari ini.
Namun setakat ini, belum boleh dipastikan sama ada lebih banyak rakan dalam Facebook menyebabkan beberapa bahagian otak lebih besar atau sebaliknya.
"Persoalan kini tertumpu kepada sama ada struktur ini berubah dari semasa ke semasa, sesuatu yang boleh membantu kita menjawab persoalan sama ada Internet merubah otak kita," kata seorang penyelidik yang terlibat, Ryota Kanai dari University College London (UCL).
Kanai dan rakan sekerjanya menggunakan saringan resonan magnetik (MRI) untuk mengkaji otak seramai 125 penuntut universiti yang kesemuanya aktif menggunakan Facebook dan melakukan semakan silang ke atas penemuan mereka terhadap sekumpulan 40 pelajar lain.
Mereka mendapati terdapat kaitan kuat antara jumlah rakan dalam Facebook dengan jumlah jirim kelabu dalam bahagian otak amygdala, sulkus, gyrus dan cortex. Jirim kelabu ialah tisu otak tempat proses mental berlaku.
Lapisan jirim kelabu di amygdala turut mempunyai kaitan dengan jumlah rakan di kehidupan sebenar seseorang itu, tetapi saiz tiga lagi bahagian otak itu hanya mempunyai kaitan dengan aktiviti di dalam talian.
Kumpulan penuntut yang terlibat dalam penyelidikan itu mempunyai kira-kira 300 teman di dalam Facebook dengan jumlah tertinggi 1,000 orang.
------
Online social network size is reflected in human brain structure
jadi persoalannya, adakah ianya sesuatu yang baik atau buruk?
BalasPadamAdakah jumlah kawan dalam FB boleh mewakili saiz otak seseorang? Makin banyak kawan, maka otak lebih besar?
BalasPadamnampaknya Facebook juga mempengaruhi otak kita.
BalasPadamFB dapat mempengaruhi struktur dalam otak. tidak mustahil jika ia mendatangkan kesan yang buruk pada mereka yang sering menggunakan FB terutamanya.
BalasPadamApa kesimpulannya ni? Tak fahamlah.
BalasPadamyang pasti facebook diminati oleh ramai orang...ianya boleh mendatangkan kesan yang baik dan buruk..
BalasPadamPandai2lah merehatkan otak jika tidak pasti akan menganggu kesihatan fizikal dan mental.
BalasPadamFacebook merupakan rangkaian sosial yang terkenal didunia. Tidak kita tua atau muda semua ada.
BalasPadam