Contohi Steve Jobs, jangan takut ambil risiko – Najib
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Rakyat Malaysia perlu berani mengambil risiko dalam usaha menjadi seorang yang inovatif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, seorang inovator akan meneroka jejak baru berbanding hanya mengikut laluan yang telah ditinggalkan oleh orang lain.
Najib berkata, kehilangan penginovasi terdahulu seperti pengasas syarikat elektronik Apple, Steve Jobs; seorang daripada pengasas Sony Corporation dan pencipta Walkman, Akio Morita; dan pengasas Pan American World Airways, Juan Trippe, telah meninggalkan kesan mendalam kepada dunia yang telah banyak menerima manfaat daripada pemikiran inovatif mereka.
"Warisan yang telah ditinggalkan oleh Steve Jobs, Juan Trippe, Akio Morita dan ramai lagi para inovasi dunia telah membuatkan saya berhenti untuk berfikir seketika... banyak yang boleh dipelajari daripada daripada mereka,” katanya dalam entri terbaru blog http://www.1malaysia.com.my.
Najib menyarankan agar mereka ini dijadikan contoh, dengan harapan suatu hari nanti Malaysia dapat meletakkan nama rakyat negara ini dalam analogi sejarah dunia sebagai tokoh yang telah berjaya merubah dunia dengan pemikiran inovatif mereka.
Perdana Menteri berkata, pada ketika ini rakyat Malaysia seperti Prof Dr Halimaton Hamdan, Phua Khein Seng dan Tan Sri Tony Fernandes telah membawa idea dan pendekatan inovatif mereka dalam cara untuk melihat dunia moden dari segi teknologi nano, penyimpanan data dan pengangkutan udara.
Steve Jobs sememangnya seorang yang patut dijadikan contoh kepada semua.
BalasPadamHarap rakyat akan berani mengambil risiko yang tertentu demi innovasi dan pembaharuan.
BalasPadamJangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru...hidup hanya sekali....
BalasPadamJika orang lain boleh berjaya kenapa pula diri sendiri tidak boleh? Yakin boleh pasti akan memberikan sesuatu pulangan yang hebat.
BalasPadamsistem pendidikan juga penting bagi melahirkan seseorang inovatif..
BalasPadamwalau sejauhmana keberanian kita dalam menghadapi risiko, tanpa pendidikan, usaha kita sukar untuk membuahkan hasil seperti yang diingini..
BalasPadamkejayaan yang capai oleh tokoh2 perniagaan harus kita jadikan contoh.
BalasPadamuntuk berjaya perlu ada daya usaha yang gigih dan berani menghadapi risiko.
BalasPadamkejayaan yang dicapai oleh mereka patut dicontohi..
BalasPadamkita perlu berusaha bersungguh-sungguh agar kita boleh mencapai kejayaan..
BalasPadamHendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
BalasPadamBe realistic and strive for your dreams.
BalasPadamjarang boleh jumpa orang2 seperti mereka di dunia ni. kebanyakan manusia hanya menggunakan sebelah otak mereka. bayangkan jika semua manusia seimbang dalam menggunakan kedua2 belah otak mereka. pasti lebih banyak tokoh2 inovasi yang akan muncul.
BalasPadammungkin tokoh seperti mereka diberikan kelebihan oleh Tuhan tapi sekurang2nya yang kita ni perlu sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa bila menghadapi kegagalan/cabaran.
BalasPadamkita perlu positif pada setiap perubahan.
BalasPadamNanti lain pula risiko yang rakyat Malaysia fikirkan.
BalasPadamRakyat perlulah pandai menilai sendiri perkara yang perlu untuk mereka. Peluang dimana-mana pun ada hanya tinggal usaha dan kegigihan kita.
BalasPadam