Pengeluaran MyKad Dalam Sehari Diperluas Ke Seluruh Negara
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pengeluaran MyKad dalam masa sehari berkonsepkan 'tunggu dan siap' yang diperkenalkan di Melaka dan Sabah tahun lepas, akan diperluas ke seluruh negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datin Jariah Mohd Said.
Beliau berkata JPN Kluang di Johor merupakan lokasi ketiga dipilih sebagai pusat pelaksanaan khidmat ekspres itu, yang akan dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Sabtu ini.
"Dengan adanya kemudahan ini, JPN berharap mengulangi kejayaan sama di JPN Melaka dan Sabah yang merekodkan penjimatan tempoh menunggu permohonan siap MyKad sehingga kadar 97.5 peratus berbanding sebelumnya,"
katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
Beliau berkata pemantauan terhadap tiga lokasi berkenaan akan dibuat secara berterusan sebelum kemudahan sama diperluas kepada semua JPN negeri di seluruh negara.
"Hal ini selaras dengan inisiatif JPN untuk memastikan sasaran semua penduduk Malaysia mempunyai MyKad sebelum akhir 2013 mampu dicapai," katanya.
Jariah berkata aktiviti Unit Khas Bergerak akan diperkasa bagi membolehkan wakil JPN turun lebih kerap ke kawasan pedalaman dan pesisir pantai seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak sekali gus membantu mengatasi masalah penduduk yang mengalami kesukaran untuk datang sendiri ke JPN.
Baguslah, tidak payah tunggu lama2.
BalasPadamPastikan tiada PATI yang diberi IC dalam sehari pula.
BalasPadamhrap ia akan dilaksanakan segera, ini bagi memudahkan permohonan tanpa menunggu lama untuk ia siap.
BalasPadamjika MyKad itu untuk penduduk tempatan yang masih belum memiliki MyKad, saya setuju. tetapi jika untuk warga asing, paham2 la apa yang bakal berlaku kelak..
BalasPadamapa yang dikatakan oleh ketua pengarah JPN ini bukanlah satu tindakan yang dinanti2kan oleh rakyat Sabah, malah tidak timbul isu yang memerlukan JPN mempercepatkan pengeluaran MyKad. isu yang sangat dinanti2kan oleh penduduk Sabah untuk diambil tindakan ialah, projek IC dan PATI..
BalasPadamdulu saya buat Mykad ambil masa berbulan2 baru siap. tapi baguslah sekarang semuanya mudah dan cepat.
BalasPadamkenapa Melaka dan Sabah pula yang didahulukan dengan kemudahan ini?
BalasPadambaguslah..ini lebih menjimatkan masa..
BalasPadamAda isu yang lebih kritikal daripada ni tapi nampaknya seperti tiada penyelesaian.
BalasPadamHarap ini akan memudahkan proses pemohonan MyKad kepada rakyat Tempatan selepas ini.
BalasPadamSemoga tiada lagi rakyat yang gagal mendapatkan IC mereka selepas ini.
BalasPadamHarap berikan Mykad kepada mereka yang benar-benar mencukupi syarat saja.
BalasPadamBaguslah kalau membuat IC hanya sehari sudah boleh siap. Teruskan usaha bagi memudahkan rakyat.
BalasPadamproses seperti ini harus diperluaskan ke seluruh negara.
BalasPadam