Selasa, Oktober 18, 2011

"JIKA ANDA MAHU MENGHANCURKAN SAYA, LAKUKAN APA SAJA PADA SAYA TETAPI JANGAN MELIBATKAN ANAK-ANAK SAYA YANG TIDAK BERDOSA," - LIM

Lim Sangkal Dakwaan Anak Cabul Rakan Sekolah

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan bahawa anak lelakinya ditukar dari sekolahnya kerana dikatakan telah mencabul pelajar perempuan sekolah terbabit.

Lim berkata, beliau dan isterinya berang dengan tindakan pemilik blog pro Umno yang membuat tuduhan tersebut.

"Anak saya yang di tingkatan 4 dipindahkan ke Institut St Xavier di Pulau Pinang daripada SMK Cina Heng Ee kerana saya telah berjanji bahawa dia boleh berpindah ke sekolah pilihannya jika memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya, dia dipindahkan pada permulaan penggal sekolah tahun ini iaitu Januari lalu. Anak saya ingin ke sekolah tersebut kerana mahu berambut panjang yang tidak dibenarkan di Heng Ee," katanya.

Lim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan terhadap anaknya itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal.

"Emosi anak saya sangat terganggu dengan penipuan itu. Dia juga tidak ke sekolah selama dua hari. Saya sedih kerana tidak dapat melindunginya.

"Jika anda mahu menghancurkan saya, lakukan apa saja pada saya tetapi jangan melibatkan anak-anak saya yang tidak berdosa," katanya.

------

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik

-----

Tony Pua nafi anak Guan Eng mencabul

"Tanpa ragu-ragu lagi bahawa ia menunjukkan dakwaan mereka, tidak lain dan tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam. Mereka cuba memfitnah anak lelaki Guan Eng dan mengaibkan keluarganya dengan menyebar berita yang sengaja direka.

"Perbuatan ini memalukan bangsa, agama dan negara dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu. Penulis blog terbabit berdusta ketika menyiarkan gambar gadis muda itu,"

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua

----

Khairy’s ‘below the belt’ tactic disgusting – activist

“As a child rights activist, I am disgusted by this and as a young Barisan Nasional person I believe we should show greater class instead of lowering ourselves to this level just to be even with our political opponents. It is arrogant and revolting,”

Child rights activist, Nilakrisna James

----

Using the Twitter handle @Khairykj, Khairy had written, “Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada” in response to another tweet by pro-Umno blogger “@PapaGomo”.

18 ulasan:

  1. Betul, biarlah berpolitik tapi janganlah melibatkan ahli keluarga orang lain dan jangan suka menyerang peribadi orang.

    BalasPadam
  2. Politik memang kotor, tumpukanlah perhatian pada masalah rakyat.

    BalasPadam
  3. Saya memang tidak suka orang2 yang melibatkan orang lain dalam permasalahan yang dihadapi. Orang2 seperti ini tidak harus berada dalam dunia politik kerana tidak bersikap profesional.

    BalasPadam
  4. Jangan menjatuhkan seseorang dengan membaut fitnah, bagaimana jika mereka juga membuat fitnah terhadap ahli keluarga kamu?

    BalasPadam
  5. mgm tidak wajar melibatkan ahli keluarga dalam politik.

    BalasPadam
  6. samada benar atau tidak, hal ini tak ada kaitan dgn politik.

    BalasPadam
  7. kenapa LGE tidak minta mangsa yang konon dicabul oleh anak LGE tampil membuat penjelasan sekaligus membersihkan nama anak dan imej LGE sendiri?

    BalasPadam
  8. seperkara lagi, isu ini ditimbulkan oleh blogger, bukannya pemimpin2 BN. LGE patut saman pihak yang membuat fitnah ini jika semua dakwaan itu tidak benar. kenapa LGE tidak bertindak??

    BalasPadam
  9. Setuju dengan villager. Tampilkan konon2nya si mangsa cabul itu untuk bersihkan keadaan kalau dakwaan itu tidak benar.

    BalasPadam
  10. jika dakwaan tersebut hanyalah fitnah memang sebaiknya LGE bertindak untuk tampil membersihkan nama anaknya. jangan tunggu hingga masalah ini berlarutan.

    BalasPadam
  11. Jangan libatkan keluarga dalam politik. Bloggers pun kena berhati-hati.

    BalasPadam
  12. Inilah salah satu risikonya bila terlibat dalam politik.

    BalasPadam
  13. Apa lagi saman malu la tu bloger. 1 M'sia tahu mana tidak budak tu tidak mahu ke sekolah. Malu la.

    BalasPadam
  14. macam-macam isu yang kita dengar sekarang ini...

    BalasPadam
  15. setuju dengan sacora..inilah risiko atau pun asam garam dalam politik..apa pun, kita sendiri pun tidak tahu kesahihan pekara ini.

    BalasPadam
  16. Kenapa perlu mengaitkan keluarga dalam politik??

    BalasPadam
  17. Kalau tidak ada bukti buat pada juga Guan Eng mahu marah. Tidak ada guna juga. Itu cuma khabar angin yang sengaja direka.

    BalasPadam
  18. Siapa mengaku berak tengah jalan? x percaya lapor polis. habis cerita.

    BalasPadam