Isnin, Oktober 31, 2011

BATALKAN SEMUA MYKAD “PROJEK IC” - PAIRIN

image

Batalkan dokumen MyKad diperolehi secara meragukan

image PENAMPANG 31 Okt. – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mencadangkan agar kerajaan membatalkan semua Kad Akuan Diri Malaysia (MyKad) yang diperolehi oleh pendatang asing secara meragukan.

Beliau berkata, langkah ini perlu bagi menangani isu ”Projek IC” yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak di negeri ini termasuk pembangkang.

image Pairin berkata, PBS juga mahu supaya proses penukaran kad pengenalan baru yang bakal dilaksanakan tahun depan diperjelaskan tujuannya.

"Kita tidak mahu proses ini digunakan untuk menghalalkan pemegang-pemegang kad pengenalan atau MyKad yang diperolehi secara meragukan terutama di Sabah.

"Kita mahu dokumen tambahan atau sokongan seperti surat beranak disertakan dalam proses penukaran kad pengenalan nanti.

“Ini bagi memastikan hanya orang yang benar-benar layak atau orang tempatan sahaja yang memperolehi kad pengenalan baru,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Persidangan Perwakilan PBS ke-26, di Dewan KDCA, di sini, hari ini.

Beliau berharap kerajaan Persekutuan menerima baik cadangan PBS agar suruhanjaya siasatan diraja mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah ditubuhkan tahun depan.

-------

Masalah PATI Di Sabah Umpama 'Pekung' Dalam Badan 1Malaysia Yang Perlu Dibedah, Kata Pairin

PENAMPANG, 30 Okt (Bernama) -- Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah umpama satu 'pekung' dalam badan 1Malaysia yang perlu dibedah, diubati dan dibuang, kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata ini kerana masalah itu masih lagi kekal dalam pemikiran rakyat Sabah walaupun sudah banyak langkah dan tindakan yang dirancang dan dibuat oleh pihak kerajaan termasuk Program 6P di Semenanjung dan 5P di negeri ini.

"Kita mengharapkan program-program ini akan terus dilaksanakan dan berjaya. Ini kerana kita sedia maklum dengan keadaan yang kita terima daripada pentadbir-pentadbir yang lalu.

"Laporan dan tafsiran bahawa jika masalah kehadiran PATI tidak diselesaikan dengan betul, ia mungkin terus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman kedaulatan negara dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan PBS yang Ke-26 di Dewan KDCA, di sini, hari Ahad.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata PBS menyokong semua usaha kerajaan selama ini untuk menangani masalah PATI termasuklah penggunaan sistem biometrik.

"Tetapi dengan laporan adanya 'Projek IC' daripada pelbagai sumber, rakyat tempatan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan atas permohonan daripada beberapa parti komponen BN, termasuk PBS supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membuat penyelesaian muktamad ke atas masalah ini," katanya.

Sehubungan itu, PBS meminta supaya penubuhan suruhanjaya itu dapat dilaksanakan pada tahun 2012.

Pairin juga berharap isu-isu lain termasuk peluang pekerjaan, royalti minyak, perkongsian kuasa dan peluang kontraktor dari Sabah diberi perhatian.

Beliau berkata isu-isu itu perlu didengar dan diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Pairin berkata PBS turut menyokong penuh saranan Timbalan Perdana Menteri yang menyeru semua bekerja keras dan sebagai satu pasukan, untuk memastikan kemenangan BN dengan lebih cemerlang pada pilihan raya akan datang.

63 ulasan:

  1. Bukan senang untuk membatal mereka yang memegang projek IC. Ada yang sudah beberapa puluh tahun tinggal di Sabah, kawin orang tempatan serta ada anak ataupun cucu. Ada yang menjadi penjawat awam, ataupun pemilik bisnes. Memang sukar.

    BalasPadam
  2. Harap kerajaan akan mengambil tindakan yang terbaik untuk mengurus masalah ini. Saya rasa mereka yang sudah diberikan IC ini tidak boleh dihalau. Yang penting adalah memastikan tiada warga asing baru yang boleh memasuki negara kita dan diberikan IC lagi.

    BalasPadam
  3. memang susah untuk menghalau mereka balik..suda beranak pinak di Sabah...perlu mengambil masa yg agak panjang untuk memastikan siapa yg memegang ic palsu ini..

    BalasPadam
  4. Mana2 yang boleh dibatalkan, sila batalkan. Masih sempat untuk memperbetulkan keadaan.

    BalasPadam
  5. Tidak ada yang mustahil jika kita semua bekerjasama disamping negara mereka juga mengambil inisiatif agar rakyat mereka tidak cenderung untuk datang ke negara kita tanpa dokumen yang sah!

    BalasPadam
  6. Isu ini telah lama berkumandang jadi tiba masanya untuk berbuat sesuatu.

    BalasPadam
  7. ya.. jika ada keraguan dalam pemilikan IC seseorang, ia perlu disiasat dan dibatalkan jika perlu.

    BalasPadam
  8. ini bagi memastikan tiada pemilikan IC oleh warga asing.

    BalasPadam
  9. saya setuju dengan cadangan Pairin.. pihak JPN perlu menggunakan kesempatan ketika proses penukaran kad pengenalan nanti bagi mengesan mana2 individu yang memiliki kad pengenalan yang meragukan.

    BalasPadam
  10. ada baiknya jika kerajaan persekutuan dapat mempertimbangkan segala cadangan2 yang telah dikemukakan oleh pemimpin2 kerajaan negeri Sabah. jika cadanagan itu berkesan, bukan sahaja membawa kebaikan kepada rakyat malah kerajaan yang memerintah..

    BalasPadam
  11. Setuju dengan cadangan ini. Selagi ada cara, usahakan saja.

    BalasPadam
  12. Mesti tentang mereka yang jadi pengundi hantu sebelum PRU13 ini.

    BalasPadam
  13. All of us are compulsory to renew our ic next year?

    BalasPadam
  14. Hopefully there will be a RCI to investigate PATI influx in Sabah.

    BalasPadam
  15. Cuba kesan mykad yang menggunakan projek IC. harap kerajaan berjaya dalam menangani isu ini.

    BalasPadam
  16. Pastikan yang layak saja mendapat mykad.

    BalasPadam
  17. cadangan pairin ini mungkin wajar dipertimbangkan dengan sebaiknya..

    BalasPadam
  18. harap melalui kesungguhan dan pelbagai usaha yang dilakukan masalah pati akan dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  19. alangkah baiknya jika dengan hanya mengatakan 'batalkan MyKad Projek IC' maka secara automatiknya ia terbatal. namun tidak semudah itu.

    BalasPadam
  20. mungkinkah penukaran kad pengenalan baru pada tahun depan akan dapat menyelesaikan masalah pemegang MyKad Projek IC?

    BalasPadam
  21. diharapkan agar kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan semula penubuhan RCI ini walaupun sebelum ini usul tersebut ditolak.

    BalasPadam
  22. setuju dengan ulam. memang tidak dinafikan terdapat warga asing samada yang sah ataupun tidak sah memasuki negara ini sudah mempunyai kedudukan yang lebih baik dari penduduk tempatan sendiri. tidak tahu di mana silapnya hingga semua ini boleh berlaku. jika isu PATI tidak diselesaikan, tidak mustahil suatu hari nanti warga asing ini akan lebih dominan dari penduduk tempatan.

    BalasPadam
  23. Agree with you. Even though it won't be easy but at least we can give it a try.

    BalasPadam
  24. Hope this problem can be solve as soon as possible.

    BalasPadam
  25. selesaikan masalah ini dengan apa cara sekali pun.

    BalasPadam
  26. Adakah idea ini akan menyelesaikan masalah yang kita sedang menghadapi?

    BalasPadam
  27. larangkan PATI masuk dengan senang saja, bantulah kita,

    BalasPadam
  28. Any problem that come up will always have a solution. It just matter of time. Bigger problem like this will take a long time to solve. So have faith people! One day sabah will be free from those illegal immigrants people.

    BalasPadam
  29. I support Pairin's suggestion to deal with this issue. Hope it will be implemented right away.Don't wait till 2012.

    BalasPadam
  30. Vanish it or u face the music.

    BalasPadam
  31. cadangan sangat baik agar permohonan gantian ic nanti perlu mengemukakan sijil lahir..ia bg bukti urg tersebut layak atau tidak

    BalasPadam
  32. ya...batalkan semua kad pengenalan yang diperolehi dengan meragukan..

    BalasPadam
  33. RCI juga harus ditubuhkan segera...

    BalasPadam
  34. ketatkan syarat2 permohonan kad pengenalan malaysia..

    BalasPadam
  35. rakyat sabah tulen sebulat suara mahukan RCI segera ditubuhkan untuk menyiasat projek IC di sabah.

    BalasPadam
  36. kerajaan jangan cadang sahaja tetapi perlu laksanakan segera pembatalan ini

    BalasPadam
  37. jika PATI menjadi warganegara, nasib punduduk asal Sabah akan terancam.

    BalasPadam
  38. "Pairin berkata, PBS juga mahu supaya proses penukaran kad pengenalan baru yang bakal dilaksanakan tahun depan diperjelaskan tujuannya."

    Cadangan ini mungkin memerlukan masa dan kos yang amat tinggi tetapi ini berkemungkinan salah satu cara penyelesaiannya.

    BalasPadam
  39. Setiap cadangan yang dikemukakan harus dikaji dengan teliti sama ada boleh atau tidak dilaksanakan. RCI adalah cara yang agak baik untuk mencari punca masalah, semoga kerajaan menunaikan hasrat semua pihak.

    BalasPadam
  40. rakyat Sabah saban hari menyeru kepada kerajaan pimpinan BN ini untuk menangani masalah PATI tetapi masih belum ada penyelesaian dari kerajaan..harap2 perlaksanaan RCI dapat dijalankan dengan segera dan jayanya

    BalasPadam
  41. ya, memang sudah 'agak lama' isu PATI ini belum ada penyelesaian, kerajaan seharusnya bertindak SEKARANG usah lagi berlengah-lengah menunggu tahun depan

    BalasPadam
  42. Jika pihak JPN tidak menjalankan tugas dengan lebih berhati-hati khas permohonan IC, tetap masalah yang sama akan berlaku. Apakah yang boleh memastikan orang yang betul-betul berkelayakan yang diberi kad IC?

    BalasPadam
  43. Suggest already recommended, it is now the government responsibilities to study the pro & cons about such "cancellation" can be implement or not.

    BalasPadam
  44. janganlah sampai isu ini tidak dapat ditangani lagi baru kerajaan hendak bertindak..sudah pasti rakyat Sabah akan memihak kepada pembangkang untuk menyelesaikan masalah ini

    BalasPadam
  45. "Laporan dan tafsiran bahawa jika masalah kehadiran PATI tidak diselesaikan dengan betul, ia mungkin terus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman kedaulatan negara dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia,"

    Jumlah PATI di Sabah cukup mengancam ketenteraman penduduk di sini. Kegagalan kerajaan mengenal pasti masalah dan cara penyelesaian adalah amat kecewa. Semoga kerajaan tidak membiarkan rakyat Sabah sentiasa dalam keadaan ketakutan.

    BalasPadam
  46. mengapa kerajaan Sabah tidak tubuhkan sahahja RCI ini sekarang, isu PATI ini sudah semakin tegang kenapa mesti tunggu tahun 2012?

    BalasPadam
  47. Say is easy but to implement is very tough. cancelation of IC needed more preparation and more costs may incurred. Not a bad idea but needed to study to see the possibility to implement.

    BalasPadam
  48. It may be a clear cut for the projek IC and PATI matter. May be a good start to cancel and get new IC.

    BalasPadam
  49. “Ini bagi memastikan hanya orang yang benar-benar layak atau orang tempatan sahaja yang memperolehi kad pengenalan baru,”

    Apakah cara untuk memastikan IC baru tidak juga diberi kepada golongan yang tidak berkelayakan? Jiak tidak dipantau, pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dan memberi kepada golongan yang sama, tiada beza dengan keadaan sekarang.

    BalasPadam
  50. Jika try RCI to see whether or not its work. No point talking and propose without any action.

    BalasPadam
  51. No point to get new ic if there is a big shark there take things for granted. No matter how many time changing new ic, there issue still there. Most important is to find the root of the causes, thus, RCI needed.

    BalasPadam
  52. Sudah pasti itulah yang kita semua mahukan. Harap Pairin akan dapat memberikan yang terbaik untuk sabah.

    BalasPadam
  53. Teruskan menyuarakan perkara ini. Joseph Pairin benar-benar mahu merayu kepada kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah PATI ini.

    BalasPadam
  54. Itulah yang terbaik..Batalkan semua mereka yang mempunyaki MyKad yang meragukan. Ini bagi menangani masalah ini dapat diatasi. Mungkin benar sukar tapi jika kerajaan persekutuan melakukan kerja dengan serius dan bersungguh-sungguh pasti masalah ini akan dapat ditangani.

    BalasPadam
  55. Kalau itu yang terbaik, saya sokong sepenuhnya. Batalkan saja semua Mykad yang mencurigakan.

    BalasPadam
  56. Nampak agak sukar untuk dilaksanakan tapi kalau memang sudah nekad rasanya hal ini pasti dapat dilakukan.

    BalasPadam
  57. Semoga semua pihak akan bekerjasama dalam menanggani isu pati di Sabah.

    BalasPadam
  58. Siasatan menyeluruh patut dilakukan dan lakukanlah apa saja cara asalkan dapat menanggani hal ini.

    BalasPadam
  59. Atau mungkinkah RCI perlu ditubuhkan dan dilaksanakan??? Manalah tahu ia dapat membantu menanggani perkara ini. hehe

    BalasPadam