Rabu, September 14, 2011

LELAKI INDONESIA DIJATUH HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI BUAT KALI KEDUA KERANA MEMBUNUH OLEH MAHKAMAH

Lelaki dihukum gantung sampai mati kerana membunuh

KOTA KINABALU 14th September, 2011: Seorang lelaki Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati buat kali kedua selepas dia didapati bersalah membunuh seorang lelaki tempatan di Penampang tiga tahun lalu.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan kes itu tanpa keraguan dan mendapati saksi-saksi yang memberikan keterangan tidak meragukan.

Firman Fani, 21, didakwa membunuh Benny Binsos, 39, pada 1 Mei 2008 antara jam 10 malam-10.30 malam di Kampung Sugud Penampang.

Kesalahan ini di bawah Seskyen 302 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Sebelum ini, Firman mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan ini dan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin telah memanggil 19 saksi sepanjang perbicaraan dijalankan.

Mahkamah telah mengarahkan Firman untuk membela diri setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadapnya.

Pada November tahun lepas, Firman juga dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah juga atas tuduhan membunuh.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menjatuhi hukuman ke atas Firman Fani yang didapati bersalah membunuh Jasfar Erman, 20, dan Md Mukarim Archedy, 21, kedua-duanya pemegang dokumenIMM13, di lorong pejalan kaki dekat stesen bas di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini antara jam 4.30 petang dan 4.50 petang pada 15 April 2009.

Raja Zaizul bertindak sebagai pendakwa raya manakala peguam yang ditugaskan, Hamid Ismail mewakili Firman.

-----

Witness recalls details of bus stop double murder

3 ulasan:

  1. hukuman gantung sampai mati untuk kedua2 kesalahan membunuh yang dilakukannya secara berasingan?

    BalasPadam
  2. kalau sudah 2 kali dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, confirm tidak boleh lepas sudah ni..

    BalasPadam
  3. Padan muka!!!!!! .. U killed my friend's Uncle, The Late Mr. Benny.B...

    BalasPadam