Sifat Agresif Pembangkang Daftar Pengundi Baru Perlu Dilihat Sebagai Cabaran Buat Umno
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Angka dan sifat agresif pembangkang dalam mendaftar pengundi baru perlu dilihat sebagai satu amaran dan tidak lagi boleh menganggap ia "satu keadaan biasa" pada Umno.
Wakil Terengganu Saiful Bahri Baharuddin berkata sekiranya anggota Umno masih sayang kepada agama, bangsa, parti dan impikan masa depan lebih baik, mereka perlu berbuat sesuatu agar angka-angka yang "tidak selesa" itu tidak menghantui pengikut parti.
"Survival Umno bergantung kepada angka. Saya berasa sangat khuatir kerana di kalangan orang Umno ramai yang masih menganggap 'satu keadaan biasa', sedangkan angka-angka semasa sepatutnya menggerakkan kita dalam mood peperangan.
"Kita tidak mahu orang lain mengambil alih tempat kita di Putrajaya hanya kerana kita lalai dalam memberi perhatian terhadap angka," katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Beliau berkata terdapat 11.2 juta pengundi berdaftar di Malaysia tidak termasuk 4.3 juta yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar. Daripada jumlah itu 1.9 juta adalah orang Melayu yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar.
"Umno perlu mengambil kira angka tersebut kerana sekiranya mereka berdaftar apakah mereka akan mengundi Barisan Nasional (BN) dan apakah tindakan untuk memastikan mereka memilih parti yang memerintah, yakni BN," katanya.
Beliau berkata fakta itu berkait dengan statistik pendaftaran pengundi baru di mana setakat Jun lepas Umno dan BN terlalu jauh ketinggalan dalam pendaftaran pengundi baru berbanding pembangkang.
Statistik menunjukkan dari Januari hingga Jun tahun ini DAP berjaya mendaftar 55,321 pengundi baru diikuti Umno (54,000); PAS (38,000), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (13,000) manakala MCA dan MIC masing-masing 3,000 dan 1,000.
"Kita nak buat macam mana kalau parti komponen juga langsung tidak berusaha? Jadi, Umno harus memimpin. Justeru saya ingin menyeru semua pimpinan cawangan dan bahagian memberikan sokongan kepada Wanita, Pemuda dan Puteri supaya kita dapat mendaftar lebih ramai pengundi baru sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya.
umno/BN tidak begitu menonjol dalam daftar pengundi mungkin disebabkan sibuk dengan urusan dalam dan luar negara berbanding dengan pembangkang yang boleh menghabiskan masa untuk tujuan itu. tapi itu tidak bermakna umno/BN rela ketinggalan dalam daftar pengundi, dengan bilangan ahli yang ramai, tidak mustahil umno/BN juga mampu meningkatkan jumlah statistik pengundi baru.
BalasPadamUMNO tk boleh mengambil remeh hal ini, UMNO perlu berusaha untuk mendapatkan lebih ramai sokongan rakyat.
BalasPadamUMNO dan parti komponen BN lain perlu berusaha untuk mendaftarkan pengundi-pengundi baru. ini kerana, masih ramai lagi yang layak mengundi tapi belum mandaftar..
BalasPadam"Sifat Agresif Pembangkang Daftar Pengundi Baru Perlu Dilihat Sebagai Cabaran Buat Umno"
BalasPadamIni sememangnya satu cabaran buat Umno. Oleh itu, Umno BN kenalah berusaha untuk mendaftarkan pengundi-pengundi baru.
Kita harus lebih aresif berbanding pembangkang. sekiranya kita lambat bertindak tentu ada masalah yang akan kita hadapi.
BalasPadamPembangkang ba tu... hhmmm harap2 bn pun ambil tindakan agresif juga supaya tak ketinggalan..
BalasPadamApapun sama2 la kita nantikan pemimpin yang bakal mendapat undi tertinggi dari para pengundi BS:)
BalasPadamYa, Umno dan BN perlu sentiasa berusaha supaya tidak ketinggalan.
BalasPadamJika satu kesalahan kecil yang dilakukan oleh UMno saya pasti ianya akan berkembang dan menjadikan masalah itu bertambah besar.
BalasPadamBersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
BalasPadam