Penduduk Kg Mangkadait tidak perlu risau: Ewon
21st October, 2010 RANAU: Penduduk Kampung Mangkadait kira-kira 80 kilometer dari pekan yang mendakwa kawasan tanah dan kampung mereka jatuh ke tangan orang luar melalui geran dinasihatkan supaya tidak terlalu risau dan menimbulkan perkara yang tidak diingini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin, berkata masalah berkenaan akan dikaji semula melalui mesyuarat bersama pejabat daerah Ranau dan Beluran, pengarah Jabatan Tanah dan ketua menteri untuk dapatkan penyelesaian terbaik.
Beliau berkata demikian ketika mengulas bantahan penduduk kampung ke atas usaha sebuah syarikat untuk membuka kawasan tanah dan kampung mereka itu selepas mendapat persetujuan dengan pemilik geran terbabit.
Menurut penduduk kampung, pemilik geran berkenaan yang kebanyakannya tidak tahu kedudukan sebenar tapak tanah mereka, telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat itu untuk membuka kawasan itu termasuklah tapak kampung.
Ketua Kampung Mangkadait, Jeek Gampiling, berkata perkara itu membuatkan mereka risau akan kehilangan sumber pendapatan dan tanah adat yang nenek moyang mereka telah duduki sejak tahun 1918 lagi.
Katanya, untuk melindungi tanah adat itu dari dicerobohi orang luar, penduduk kampung membuat satu memorandum bantahan keatas pembukaan tanah itu yang diserahkan kepada Ewon dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat di balai raya kampung itu.
Menurut Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bernard Kimin, yang turut hadir di majlis itu, masalah tanah penduduk kampung itu terjadi apabila Kampung Mangkadait dan Miruru telah dipilih oleh Kerajaan Era Berjaya sebagai kawasan skim pekebun kecil tahun 1981.
Oleh kerana penduduk kampung pada masa itu masih sedikit maka tawaran telah dibuka kepada orang luar (rakyat Sabah) supaya memohon kawasan tanah di situ untuk diusahakan seperti penanaman getah.
Malangnya, tidak semua pemohon berkenaan membuka tanah tersebut pada masa itu dan borang permohonan pula tidak dibatalkan sedangkan ada kawasan tanah tersebut dibuka oleh orang lain (penduduk Kampung Mangkadait).
Akibatnya, apabila pemprosesan geran dilaksanakan maka terjadilah perkara di mana orang lain mengusahakan tanah diatas geran oran lain, tambahnya.
Bagi menyelesaikan masalah itu, Ewon meminta semua yang terlibat supaya tidak cuba menimbulkan masalah serius seperti bergaduh dan sebagainya kerana ia hanya akan menghalang proses penyelesaian.
Beliau turut mengarah pejabat daerah (Ranau dan Beluran) yang terlibat dalam pengeluaran geran tanah terbabit supaya menahan draf geran yang belum dikeluarkan untuk melakukan satu cadangan penyelesaian yang terbaik.
Pada majlis itu, Ewon turut menasihati penduduk kampung supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang atau mana-mana agensi yang sengaja mengeruhkan keadaan kerana penyelesaiannya hanya boleh dilakukan kerajaan.
Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Politik dan Sulit Kementerian Japirin Sahadi dan Dallius Ubin, Pegawai Perhubungan Kementerian Jafari Yadam, Pegawai Kemajuan Masyarakat Andrew Ladat dan pemimpin setempat.
semoga Ewon dapat menyelesaikan masalah ini seperti yang beliau janjikan. penduduk Kg berkenaan amat memerlukan bantuan kerana mereka tidak mampu mempertahankan hak mereka.
BalasPadamharap kerisauan penduduk kampung tersebut akan dapat diselesaikan oleh Datuk Dr Ewon Ebin. penduduk kampung amat berharap suara mereka didengari.
BalasPadamPenyelesaian perlu dibuat sebelum mengusahakan kawasan tersebut agar tidak ada kekeliruan yang berlaku dikalangan penduduk kampung dengan pengusaha.
BalasPadamPerkara sebegini harus diambil tindakkan secepatnya. jangan biarkan hak milik mereka dirampas begitu saja.
BalasPadamSiasat perkara ini kerana menurut penduduk kampung, pemilik geran berkenaan yang kebanyakannya tidak tahu kedudukan sebenar tapak tanah mereka, telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat itu untuk membuka kawasan itu temasuklah kawasan kampung
BalasPadamhal ini perlu diselesaikan dgn segera, kepentingan penduduk kena diberi keutamaan.
BalasPadamLangkah terbaik ialah mengadakan mesyuarat bersama antara semua pihak agar perkara ini dapat diselesaikan segera.
BalasPadamKita tidak mahu penduduk dalam keadaan kesusahan nanti. Hal tanah adalah hal yang sangat penting. Harap pihak berkuasa akan menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamTanah merupakan aset yang paling berharga sekarang. Diharap Dtk. Ewon tidak akan sambil lewa menyelesaikan masalah rakyat. Itulah guna seorang wakil rakyat.
BalasPadamBegitu ceritanya, apa pun pihak berkuasa harus mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Jangan biarkan perkara ini menjadi isu besar nanti. Orang yang berhak mesti mendapat semula tanah tersebut.
BalasPadamPerkara ini harus ditangani dengan baik, semoga boleh memanfaatkan semua pihak, terutamanya pemilik geran.
BalasPadamBuat masa ini, penduduk kampung haruslah bertenang dan tunggulah tindakan oleh pihak berkuasa.
BalasPadamsetahu saya kg. mangkadait dan kg. miruru sdg dlm proses penanaman kelapa sawit pada tahun 2009 tapi tak pasti pula adakah perjanjian usahasama itu berjaya ataupun tidak. Penduduk kampung hendaklah diberikan penerangan terperinci mengenai perjanjian usahasama tersebut kerana ini melibatkan hak tanah adat dimana nenek moyang mereka telah duduki sejak tahun 1918 lagi. Diharapkan Datuk Ewon dapat mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ini.
BalasPadamMasalah tanah masih menjadi satu lagi permasalahan yang semakin meruncing di Sabah.
BalasPadamIt's a sad thing when most of the natives having this problem.
BalasPadamSelesaikan masalah ini dengan segera kerana ini boleh menarik perhatian pembangkang untuk dijadikan isu.
BalasPadamIf this issue is not being solved quickly, the opposition will politicize this issue.
BalasPadamPlease prioritize the rakyat and solve this problem.
BalasPadammasalah ini hanya boleh diselesaikan oleh kerajaan dan bukannya pembangkang kerana pembangkang tidak mempunyai kuasa.
BalasPadamdiharap penduduk kampung akan bersabar dan mengikut segala arahan dari pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini..isu ini timbul akibat dari pertukaran kerajaan negeri sabah yang berlaku..
BalasPadamdiharap pihak berkuasa di bawah kerajaan BN akan dapat menyelesaikan isu ini..
BalasPadamThat's why some of the political parties love to make something out of it.
BalasPadamPaling malang adalah penduduk tu sendiri.Namun saya bertegas bahawa jangan sesekali terpancing dengan ajakan orang luar untuk menjual tanah.Ingat, tanah adalah paling berharga dari duit.
BalasPadamThey should be educated on land issues.
BalasPadampenduduk kampung perlu didedahkan dengan kepentingan melindungi hak mereka terutamanya yang berkaitan dengan tanah. mungkin terdapat ramai lagi penduduk kampung yang ditipu tapi tidak dilaporkan kerana malu atas kesilapan sendiri. kes ini wajar diambil perhatian oleh kerajaan..
BalasPadam